Monday, October 8, 2012

EROPAH WINTER 4 NEGARA Guided Self Drive (France, Belgium, Nederland > UK)

EROPAH WINTER 4 NEGARA 16-20 DIS 2014


Trip musim sejuk & salji di Eropah, guided self drive. Juga boleh nak shopping sebab biasanya masa musim ni banyak Sales Murah sempena pra Krismas insyaALlah. Suhu di sekitar 10c hingga -5c bergantung kepada cuaca, lokasi dan keadaan. Wallahu alam.

TARIKH

  • 16 - 20 Disember 2014
  • 19 - 23 Disember 2015


KOS 
RM 2750 /dewasa (Ground shj), diskaun RM500 utk kanak2 (2-12 thn), bwh 2 thn FREE.



PERJALANAN

  • (Hari 1)  : Trip mula di Paris CDG Airport 8am. > Bruges Belgium > Amsterdam Nederland
  • (Hari 2) : Amsterdam, Zaans Schans, Volendam
  • (Hari 3) : Amsterdam > Ashford Factory Outlet > London (masuk UK via feri atau Eurotunnel)
  • (Hari 4) : London
  • (Hari 5) : London > petang balik ke Paris (via feri atau eurotunnel). dlm 8pm trip tamat.


KOS Ground termasuk

  • Penginapan bajet hotel/apartment (twin/triple/quad sharing)
  • Kenderaan sewa (peserta drive sendiri). Share 1 kenderaan (4 org per kereta atau 7-8 orang per van)
  • Insurans asas untuk kenderaan sewa
  • Guide muslim dalam trip ini
  • Penggunaan GPS kami yg dah set, walkie talkie dan buku Panduan Peserta Trip ini
  • Feri atau EuroTunnel France >UK (Calais > Dover UK > Calais)


KOS TAK masuk

  • Tiket penerbangan ke Paris (peserta beli sendiri)
  • penginapan dan pengangkutan di luar tarikh trip (peserta book sendiri, kami akan berikan panduan)
  • Minyak, tol, parking kenderaan
  • Lain-lain kos persendirian

NOTA

  • Tiket beli sendiri, online je senang. Biasanya kami suggest pakai www.skyscanner.com.my 
  • Peserta hendaklah berada di Paris CDG Airport (Terminal 1) pada atau sebelum 8am 16 Dis dan flight balik seawalnya 10pm 20 Dis. Ini kerana kita jangka 8pm baru habis trip di CDG Paris Airport juga.
  • Jika nak ronda Paris puas sikit, kami cadangkan extra 2 hari di Paris sahaja. Senarai cadangan penginapan akan kami berikan kepada peserta jika nak extra hari di sana. Maka, penerbangan anda kena sampai atau balik lebih lewat jika nak ronda ni. 



JIKA BERMINAT

  1. Download borang (klik sini) dan isikan borang serta ikut arahan pendaftaran di borang tersebut. (Jika tak dapat download borang, sila emailkan permintaan anda ke tripkekawan@yahoo.com)
  2. Booking RM200/orang (non refundable)
  3. Kami akan emailkan Panduan Peserta Trip (info tiket, penginapan, pemanduan, makanan, keselamatan, insurans, persediaan dan lain2 info)
  4. Baki bayaran 3 bulan sebelum trip
  5. Berjumpa di Paris CDG Airport dengan wakil kami pada pagi trip ini insyaAllah







Paris winter

Zaans Schans Amsterdam

Bruges Belgium


SPAIN & ANDALUSIA

TRIP SELF DRIVE GUIDED.
SPAIN (Madrid) & ANDALUSIA (Cordoba, Seville, Gibraltar, Granada, Malaga) 



Kota ALHAMBRA pada waktu malam.

SEKILAS PANDANG

Kelana muslim berkenderaan (self drive, kita drive sendiri dengan bantuan GPS dan guide dlm trip) dan ziarah tinggalan kerajaan Islam Andalusia di selatan Spain pada waktu musim sejuk (tak sejuk masa pun di Spain)


TARIKH TRIP

  • 11-16 Dis 2014  
  • 14-19 Dis 2015
  • Cuaca sekitar 10-15c (Spain & Andalusia)



ISTIMEWA TRIP INI

·         Pengalaman memandu di jalan Spain yang begitu best sekali

·         Melihat dan menghayati teladan dari tinggalan kerajaan Andalusia di Spain Andalus.



PROGRAM PERJALANAN / ITINERARI (11-21 Dis 2014)
  • HARI 1 (11 Dis) - bertemu di Madrid Bajaras Airport 9am. Madrid free & Easy.
  • HARI 2 (12 Dis) - Madrid > Cordoba (4 jam)
  • HARI 3 (13 Dis) - Cordoba > Seville > Gibraltar (4 jam)
  • HARI 4 (14 Dis) - Gibraltar > Granada (3 jam)
  • HARI 5 (15 Dis) - Granada > Malaga (1.5jam) > Madrid (4jam)
  • HARI 6 (16 Dis) - Madrid & fly balik.

KOS : RM2950/dewasa,   RM2550/kanak2 (2-12 thn),  RM1000/ bayi (24 bulan atau kurang)

KOS TERMASUK
  • Penginapan bajet hotel/apartment (twin/triple/quad sharing)
  • Sewa kenderaan (kereta/van manual) dengan insurans basic 3rd party
  • Guide Muslim Tripkekawan dalam trip
  • Sewa GPS kami, walkie talkie dan buku panduan trip

KOS TAK MASUK
  • Penerbangan pergi balik ke Madrid (beli sendiri, kami akan berikan flight cadangan)
  • Kos tol, minyak, parking kenderaan (peserta kongsi antara ahli kereta)
  • kos penginapan, pengangkutan di luar trip/itinerari
  • Tiket masuk attractions jika ada
  • Upgrade kenderaan ke auto dan insurans penuh.
  • Takaful Kembara & Insurans persendirian
  • Kos persedirian lain

JIKA BERMINAT NAK JOIN
  1. Daftar nama di borang. (KLIK SINI) untuk download borang dan isikan serta ikut arahan pendaftaran di borang tersebut. (jika ada masalah download, sila emailkan NAMA, NO TEL, TRIP & TARIKH ke tripkekawan@yahoo.com)
  2. Booking RM200/orang (non refundable, tiada pemulangan)
  3. Terima reply email dengan info trip, pembelian tiket dan info persediaan lain
  4. Baki bayaran 90 hari sebelum trip
  5. Terima itinerari dan panduan trip lengkap 3-4 minggu sebelum trip via email
  6. Jumpa wakil/guide tripkekawan pada hari pertama di Madrid Airport











 

THE BEST EUROPE DRIVING TRIP (ITALY & SWISS ALPS)

MILAN, MODENA, MARANELLO, ROME, VENICE, SWISS ALPS
dari RM2950, tak termasuk tiket penerbangan





SEKILAS PANDANG

Ni memang sesuai sangat la untuk peminat kereta, motorsikal, motoring ni. Kira kalau tak drive atau lalu di laluan terbaik Eropah , kira tak sah la. Laluan seperti STELVIO PASS (dinobatkan sbg Jalan tercantik di Eropah) , FLUELAPASS dan lain2. Juga dapat lawatan khas ke kilang & muzium (Lamborghini, Ferrari, Pagani, Ducati) dan memandu serta menikmati keindahan Swiss Alps. InsyaALlah. Subhanallah.



TARIKH TRIP
  • 28 Jul - 2 Ogos 2015 (summer)
  • 29 Mei - 6 Jun 2016 (summer)



ISTIMEWA TRIP INI
  • Lawatan eksklusif kilang & muzium Lamborghini di Sant Agata
  • Lawatan muzium & kilang motor Ducati di Bologna
  • Melawat muzium Ferrari dan Lamborghini di Modena/Maranello
  • Boleh merasai drive Ferrari & Lamborghini di jalanan Maranello (kos sendiri)
  • Pengalaman memandu di jalan Itali dan Swiss Alps yang indah
  • Melawat Rome, antara bandar bersejarah penting tamadun Rome & Byzantine dulu.
  • memandu di jalan terbaik di Eropah seperti Stelvio Pass (Bornio > Davos), Sustenstrasse Swiss (Mount Titlis)
  • Melalui terowong-terowong terpanjang di dunia merentasi pergunungan. ada yg hingga 15km panjang.
  • Merehatkan minda di pergunungan Alps Swiss



HARGA / KOS SEORANG



PAX Sharing per kenderaan

DEWASA

(12 thn ke atas)

KANAK-KANAK

(2-12thn)

BAYI (< 2 thn).

Tak kira as PAX

4 orang /kereta

RM2950

RM2950

Percuma

3 orang/kereta

RM3800

RM3800

Percuma

2 orang/kereta

RM5500

RM5500

Percuma

6 orang /MPV

RM2950

RM2950

Percuma



Harga termasuk

·         Kos Sewa Kenderaan (kereta/MPV/van)

·         Penginapan (Hotel bajet / motel / apartment) 2-3 orang sebilik. 

·         Standard Insurance Kenderaan sewa

·         Sewa GPS dan buku panduan trip kami

·         Pengurusan Trip & Koordinasinya

·         Pengurus Trip bersama dalam kumpulan



Harga TIDAK termasuk

·         Tiket penerbangan (beli sendiri)

·         Refundable Security Deposit kenderaan semasa ambil kenderaan

·         Upgrade ke Reduce Liability Insurance Coverage

·         Makan Minum (bajet dlm EURO 180-200/org) per trip

·         Kos persendirian - Yuran masuk atau fee aktiviti-aktiviti (dlm Euro200/org)

·         minyak kenderaan  ,tol, parking, dan lain-lain. (dlm Euro250/org)




NOTA : Lawatan kilang (factory visit) adalah tertakluk kepada kelulusan pihak pengurusan syarikat tersebut.

TAKLIMAT SEBELUM BERLEPAS
Semua peserta akan diberi taklimat on-line 1-2 bulan sebelum berlepas supaya trip ini lebih bersedia, bermakna dan menurut terma & syarat.



BERMINAT & NAK DAFTAR?

Sila DOWNLOAD BORANG di sini (klik di sini), isikan dan ikut arahan dalam borang tersebut. 

(jika ada masalah download borang tersebut, sila emailkan NAMA, NO HP, EMAIL dan TARIKH & TRIP PILIHAN anda ke tripkekawan@yahoo.com)
 




ITINERARI



HARI 1.  MILAN > MARANELLO (3 jam)

  • 8AM : Jumpa di International Airport Milan MALPENSA untuk briefing dan ambil kenderaan sewa. 
  • Bergerak ke Maranello (Ferrari) melalui autostrada (highway) ke sini.
  • Boleh melawat muzium Ferrari, merasai memandu atau jadi penumpang kereta Ferrari, Maserati dan Lamborghini (dari Euro80/sessi). 
  • Model yang ada untuk test ialah Ferrari F430 Spider, f430 Scuderia, 458 Italia, California, Lambo Gallardo Superleggera
  • Jika ada permintaan dan dapat kebenaran, ada lawatan ke kilang Ducati, kilang Lamborghini & Muzium Lamborghini. 


(NOTA : Jika penerbangan peserta tiba lebih awal, kami boleh bantu uruskan penginapan (kos lain) untuk malam tersebut beserta pengangkutan penginapan ke airport. )




HARI 2.  MARANELLO > ROME (4jam) 


  • Pagi gerak ke Rome 
  • Tiba Rome penginapan. naik tren masuk bandar
  • Free & Easy Rome




HARI 3. ROME & VENICE

  • Rome Free & Easy.
  • Petang gerak ke Venice. (dlm 5.5jam perjalanan)




HARI 4 . VENICE > BORMIO > STELVIO PASS > DAVOS SWISS ALPS (5.5 jam)


  • Pagi ronda Venice dulu.
  • Hari ni akan melalui jalan2 yang dinobatkan sebagai antara jalan tercantik di dunia.
  • ke Bormio dan pengalaman jalan terbaik di Eropah iaitu Stelvio Pass ke Davos Swiss, yang berlengkok lengkok. 
  • Kemudian akan melalui pergunungan Swiss yang indah dan nyaman serta agak sejuk.




HARI 5.  DAVOS > LAUTERBRUNNEN SWISS ALPS


  • Pagi gerak ke Lauterbrunnen (dlm 4 jam perjalanan)
  • Peserta boleh naik ke Jungfrau (puncak tertinggi di Eropah) dan main salji – naik tren. 
  • Atau ke Murren menaiki kereta kabel dan tren. 
  • Atau boleh berehat di sekitar kawasan pergunungan ini.



HARI 6.  SWISS ALPS ke MILAN


  • Bergerak kembali ke Milan melalui Sustenstrasse (jalan pergunungan Swiss yang amat cantik) dan bersambung ke Italian AutoStrada yang cantik dan mempunyai puluhan terowong melalui pergunungan Swiss & Italy.  
  • Tiba Milan dan Aktiviti bebas.
  • Trip tamat pada 8pm hari ini.



TRIP SELESAI.

Jika penerbangan peserta pada keesokan harinya, kami boleh bantu uruskan penginapan (kos tambahan) untuk malam tersebut beserta pengangkutan dari penginapan ke airport.

BERMINAT & NAK DAFTAR?

Sila DOWNLOAD BORANG di sini (klik di sini), isikan dan ikut arahan dalam borang tersebut. 
(jika ada masalah download borang tersebut, sila emailkan NAMA, NO HP, EMAIL dan TARIKH & TRIP PILIHAN anda ke tripkekawan@yahoo.com)

di Jungrau Joch, Swiss (Top of Europe)

Stelvio Pass Italy

Fluelapass. Solat mesti dilakukan.

Stelvio Pass Italy, jalan ke bawah. hala ke Swiss Alps

Venice Italy

peluang memandu Ferrari & Lamborghini


Wednesday, May 2, 2012

Trip Kekawan ke UZBEKISTAN

menjejak sejarah khalifah Islamiyah di sini.
TASHKENT, BUKHARA, SAMARQAND

SEKILAS PANDANG
InsyaAllah. Uzbekistan memang menarik amat!!! Banyak tinggalan sejarah ketamadunan Islam di sana, negaranya bersih, orangnya peramah, cantik pula tu, dan banyak etnik (ada macam Western, ada mcm Turki, ada mcm Hindustan, yg mcm Cina/Tibet pun ramai gak)..

Memang UZBEKISTAN satu destinasi hampir wajib la untuk Muslim dari Malaysia, Brunei, Singapura & Indonesia la.. Rugi kalau tak pergi

TARIKH TRIP
  • 29 Mei - 5 Jun (cuti sekolah di Malaysia)


HARGA
  • USD1500/dewasa (>12 thn) 
  • USD1150/kanak-kanak (2-12 thn).   
  • USD200/baby (bwh 24 bln). umur di kira semasa tarikh berlepas
Harga termasuk

  • tiket penerbangan pergi balik (Tashkent <> KLIA) Uzbek Air
  • makan minum halal di Uzbekistan
  • transport (bas/van)
  • guide muslim yg boleh berbahasa Melayu, Inggeris & Uzbek.
  • penginapan hotel / homestay 2-3 bintang (twin/triple sharing)
  • visa pelawat (jika melebihi 15 peserta per trip). Jika kurang 15pax, USD50/visa
  • insurans Takaful Ikhlas utk peserta

Harga tak termasuk

  • Tips untuk guide dan pemandu
  • Lain-lain kos persendirian


BAYARAN
  • RM200 utk booking. (non refundable)
  • Baki bayaran 60 hari sebelum berlepas. 
  • Passport & dokumen lain serah 15 hari sblm berlepas.


BERMINAT. NAK BOOKING?
Sila daftar ONLINE di sini. (klik di sini)
jika tidak dapat download, sila berikan NAMA, ALAMAT, NO TELEFON anda dan email ke tripkekawan@yahoo.com

"two thumb up! the most great experience i ever had! uzbek baru, so lain feel dia! dry fruit dia layan bang.." Mohd Ridhwan, Ipoh



Menziarah maqam Imam Bukhari. di Samarqand. Cendekiawan Islam
dalam bidang hadis soheh yg tersohor. Alhamdulillah.

"The most memorable trip I ever had. Hope this ukhuwwah will never end here "  Nor Humairah, KL 
bukan setakat cantik tetapi amat praktikal. dlm masjid sejuk
mcm dlm aircond (tapi takda aircond) wpun di luar panas


utk bagi FEEL best lg, kita bawak makan di rumah tempatan
dan merasai real uzbekistan people hospitality & home cooked foods

tengok orang ke kedai? he he.. memang ramai lawa2 di sini
buahan memang banyak & fresh
"Satu pengalaman yang menakjubkan"  Pn Halimah & suami. Ipoh

"Kalau ada 6 bintang, nak je bagi. Tapi yang maksima 5 bintang.. 5 bintang! Alhamdulillah"  Hj Md Nor. Ipoh


"A trip to a country rich in Islamic history that opens our mind to the myriad of Islamic civilizations."  Hj. Salleh, Johor Bahru

Kami perkenalkan konsep HOMESTAY juga di Samarqand.
Alhamdulillah, depa kata terbaik.. better dari hotel! 
 "pergi jgn x pergi...Uzbek mmg best memang hebat..org ramah, muka bumi sgt cantik, bersih! sgt berbeza dr Malaysia, sejarahnya, dry fruit mmg best"  
Pn Junainah Bakin, KL

Kak Junainah kata "pergi jgn x pergi...Uzbek mmg best memang hebat..
org ramah, muka bumi sgt cantik, bersih! sgt berbeza dr Malaysia, sejarahnya,
dry fruit mmg best" 



ada SWISS of UZBEK kat sini woo.. cantik. Siap ada salji lagi.


ANTARA HIGHLIGHT TRIP UZBEK
  • Tengok Quran Mushaf Usmani asal yg ditulis di atas kulit rusa, sewaktu zaman Saidina Uthman. 4 salinan dibuat dan di agihkan ke empayar Islam. Salah satunya ke Tashkent. 
  • Strawberi jual macam buah rambutan, anggur jual dalam baldi,  tembikai yg besar & rangup.
  • Melawat "Caravan Saray" atau peninggalam "The Silk Road" , laluan pedagang zaman dahulu dan tamadunnya
  • Menziarah ketamadunan Islam dan madrasah serta masjid agung yang melahirkan pemikir hebat seperti Imam Bukhari
  • Menziarah "souk" , kehidupan, kedai dan bandar-bandar lama yang masih seperti 1000 tahun dahulu di Bukhara, Samarkand 


peta Uzbekistan



ITINERARI (8h6m)

HARI 1 . Kuala Lumpur > Tashkent 
Awal pagi berkumpul di KLIA 7am untuk flight Uzbekistan Airways ke Tashkent, Uzbekistan (7 jam non stop). InsyaAllah tengahari 2.45pm tiba di Tashkent. Makan tengahari kemudian ronda bandar Tashkent , menziarah Hadzrati Imam Complex (di mana terdapat Quran asal Mushaf Usmani yg ditulis di atas kulit rusa), Barakhan Madrasah, Muyi Madrasah, Masjid Djuma . Kemudian makan malam di restoran dan check in hotel.
Quran asal yg ditulis pd zaman Saidina Osman di
atas kulit Rusa



HARI 2. Tashkent / Samarkand 
Selepas sarapan, bertolak ke Samarkand (315km, 4jam). Melawat sekitar peninggalan tamadun Tamerlane, Ruhabad Museum, Registan Square, Madrasah Uhugbeg. Makan tengahari dan malam di restoran. Lewat petang check in hotel.
Antara kompleks masjid & lapangan
terbesar di Samarkand

HARI 3. Samarkand
Selepas sarapan, ronda sekitar Bazar Lama Samarkand (untuk beli belah cenderahati, buah-buahan & buahan kering - pistachio, kismis, anggur, strawberi, tembikai, almond) serta melihat budaya mereka. Selepas makan tengahari, melawat Masjid Bibi Khonum (Masjid terbesar di Asia Tengah), Kompleks Nabi Daniel dan Kompleks Shakizindah (di mana Khusam Ibnu Abbas, saudara Rasulullah dikebumikan). Makan malam dan kembali ke hotel.


HARI 4. Samarkand / Bukhara
Selepas sarapan, bertolak ke Bukhara (250km, 3 jam). Dalam perjalanan, melawat Kompleks Muzium Imam Al Bukhary. Perjalanan menggunakan jalan gurun Karakum dan melalui "Caravan Saray"(jalan the Silk Road pedagang dulu ke Asia) serta kota lama/peninggalan sepanjang perjalanan. Tiba Bukhara dan makan tengahari. Ronda sekitar Bukhara dan check in hotel, kemudian makan malam.
bazar dan kota di sini dan orangnya masih seperti zaman
1000 tahun dahulu.


HARI 5. Bukhara
Bandar Bukhara juga dikenalli sebagai "Bandar Ketamadunan Islam". Melawat Madrassah Abd Aziz Khan, Komplex Chor Minor, Masjid Kalon, Toki Telpaki-Furushan Kompleks (untuk membeli barangan tempatan & shopping). Selepas makan tengahari, melawat Masjid Bolo Hauz, Madrasah Devan Begi ( juga pertunjukan kesenian budaya tempatan di sini). Makan malam dan balik ke hotel.

HARI 6. Bukhara / Tashkent
Meronda bandar Bukhara. Jika berkesempatan akan ke Chimgan Mountain & Charvak Lake (dikenali sebagai Swiss of Uzbekistan) kerana pemandangannya yang indah. Selepas makan tengahari, bertolak kembali ke Tashkent. Ronda sekitar bandar Tashkent. Selepas makan malam, balik ke hotel.
HARI 7. Tashkent 
Selepas sarapan, melawat Amir temur Square, Muzium Uzbekistan, Independence Square. Selepas makan tengahari, melawat bazaar (mempunyai jualan bazar seperti zaman 1000 tahun dulu, tempat makan, taman dan air pancut). Selepas makan malam, bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. 

HARI 8. Tashkent > Kuala Lumpur
InsyaAllah jangka tiba KLIA pada awal pagi dengan memori indah.


PAX : minima 12 orang, maksima 30 orang
KAWASAN LAWATAN : Tashkent, Bukhara, Samarkand (tertakluk kepada itinerari)



BERMINAT. NAK BOOKING?

Sila daftar ONLINE di sini. (klik di sini)
jika tidak dapat download, sila berikan NAMA, ALAMAT, NO TELEFON anda dan email ke tripkekawan@yahoo.com




Thursday, August 25, 2011

ADAB BERMUSAFIR ikut Sunnah Rasulullah

Salam Ramadhan & Syawal yang akan menjelma,
ni gambar saya dari blog lagi satu
http://renaultclubmalaysia.blogspot.com/

Harus ramai yang dah tak sabar-sabar dan excited nak balik kampung raya kan? Meh nak share sikit ilmu, so kalau rasanya ia bermanfaat, sama-samalah share dengan orang lain pulak ye.

Antara perbuatan/sunnah Rasulullah dalam bermusafir ni
  • Beliau suka musafir pada hari Khamis dan bukan Jumaat
  • Melantik ketua jika perjalanan 3 orang atau lebih
  • Solat sunat musafir 2 rakaat sebelum bergerak
  • Membaca doa sewaktu keluar rumah, naik kenderaan.
  • Banyakkan zikir & istighfar & nyanyian ingati Allah semasa dalam perjalanan
  • Menyebut "Allahu Akbar" jika kenderaan MENAIKI perbukitan
  • Banyak bertasbih sewaktu kenderaan MENURUNI perbukitan
  • Membeli hadiah/buah tangan utk mereka yg di destinasi (keluarga)
  • Sujud syukur sewaktu tiba di destinasi 


Rasulullah juga ada menyebut (dlm satu hadis panjang), makna nya "Orang yang akan sampai ajalnya, akan sangat teringin untuk ke tempat di mana dia akan menemui ajalnya itu" . Maka, peringatan Rasulullah itu, ambillah iktibar sebaiknya ye.
ikut peraturan dan hadlaju ye. Akhlak di jalanraya pun jaga.
kalau kena saman, rugi lagi.. duit tu bule belanja anak2
http://renaultclubmalaysia.blogspot.com/ 

Ohh. satu lagi. Ingat surah Al-Asr? Janganlah rugi... masa dalam kereta bejam-jam balik kampung, daripada dok pasang lagu tah apa2 , isikan lah dengan mende yg manfaat mcm zikir ke, baca quran ke, berbual yg bermanfaat ke... sebab kalau mati masa dengar tah apa2, rugi la amat. kalau mati masa tengah baca quran ke, atau tengah berbicara mende yang bermanfaat, ok la gak kan...

Salam Aidilfitri dari saya & keluarga.


Antara perbuatan/sunnah Rasulullah dalam bermusafir ni
  • Rasulullah suka musafir pada hari Khamis dan bukan Jumaat. “Rasulullah s.a.w berangkat ke Perang Tabuk pada Khamis. Rasulullah menyukai memulai perjalanannya pada Khamis.” (Riwayat Bukhari)
  • Melantik ketua jika perjalanan 3 orang atau lebih.  “Jika manusia mengetahui bahaya bermusafir sendirian sebagaimana aku ketahui, tentu mereka enggan bermusafir sendirian.” (Riwayat Bukhari)
  • Solat sunat musafir 2 rakaat sebelum bergerak. Dalam hadis riwayat Tirmidzi, Abu Hurairah r.a meriwayatkan, seorang lelaki berkata (kepada Rasulullah), wahai Rasulullah, saya akan memulai perjalanan (musafir), jadi berikanlah nasihat kepada saya. Nabi berkata: hendaklah engkau bertakwa kepada Allah dan bertakbir setiap kali melewati (melalui) tempat yang tinggi. Selepas lelaki itu pergi, Nabi s.a.w berdoa, “ Ya Allah, dekatkanlah jarak perjalanannya dan mudahkan perjalanannya.”
  • Membaca doa sewaktu keluar rumah, naik kenderaan. Sabda Rasulullah s.a.w, seperti diriwayatkan Tirmidzi, bermaksud: “Tiga doa yang pasti akan dikabulkan Allah S.W.T ialah doa orang teraniaya, doa orang dalam perjalanan dan doa orang tua terhadap anaknya.”
  •  Mula pergerakan waktu malam.  “Berjalanlah pada waktu malam kerana bumi dijadikan lebih pendek pada waktu malam.” (Riwayat Abu Daud)

ANDA MAMPU MENGUBAHNYA!

Friday, June 24, 2011

TRIP UMRAH KEKAWAN BAJET 2013


Alhamdulillah, Trip Umrah Kekawan Bajet akan berterusan. So, mari lah kekawan kita berusaha menjadi tetamu Allah. InsyaAllah. Jika ada lebihan dari keuntungan trip ini akan disumbangkan ke DANA MADRASAH KEMBOJA (DMK).




TRIP
BULAN
TARIKH
HARGA/ORANG
PENERBANGAN
Umrah Kekawan  10h/8m
20-30 Mac 2013

22 Mei - 1 Jun 2013
Cuti Sekolah

Cuti Sekolah
RM4650

RM5490
BIMAN/PIA

BIMAN/PIA

Harga tertakluk kepada perubahan jika ada.

  • HARGA : termasuk penerbangan/flight, visa umrah, kursus umrah, penginapan (hotel bajet), pengangkutan dan mutawwif.
  • Makan sendiri. Jemaah boleh makan ikut masa, menu dan bajet sendiri. Mutawwif akan tunjukkan tempat makanan (amat banyak) di sekitar hotel & masjid.
  • BOOKING : RM200/orang. DAFTAR sebelum 31 DIS 2012. (Daftar online dulu ye di sini)
  • KURSUS : 30-45 hari sebelum berlepas.
  • BAKI BAYARAN : bayar semasa kursus. (dlm 30-45 hari sebelum berlepas)
  • TERHAD : 45 jemaah setiap trip. 1st come 1st serve utk BOOKING.

APA KATA JEMAAH KAMI? 
Ni depa yang kata, ALhamdulillah. Nak tengok? klik sini.

ITINERARI / ATURCARA

HARI
ATURCARA (utk flight BIMAN)
1
KLIA
Semua Jemaah berkumpul di Kaunter A, Aras 5 (BIMAN AIRWAYS) pada 10.00 malam untuk proses check in. Serah bayaran tambahan RM100 + USD20 untuk kos transit di KLIA.
2
KLIA > DHAKA > JEDDAH
Jangka berlepas 1.05am ke Dhaka dengan penerbangan BIMAN AIRWAYS.  Tiba di Airport Dhaka (dalam 3.30am), wakil BIMAN akan menjemput Jemaah untuk transit; melalui imigresen dan menaiki kenderaan ke resthouse di Dhaka untuk berehat. Acara bebas. (Jika ingin pusing Dhaka menaiki van, tambahan RM20/orang). Sarapan dan makan tengahari disediakan oleh pihak Resthouse. Dalam 6.30pm check-out dan bertolak ke airport untuk penerbangan ke Jeddah. Berlepas pada 12.30mlm.
3
JEDDAH > MADINAH
Tiba Jeddah Airport 5am. Selepas proses imigresen ,solat Subuh dan menaiki kenderaan ke Madinah.  Jangka tiba 10pagi. Jemaah check – in dan aturcara bebas. Solat Jumaat di masjid Nabawi. Mutawwif akan bawa Jemaah berjalan kawasan sekitar untuk tunjuk kawasan masjid Nabawi, tempat makan dan lain tempat yang penting.
4
MADINAH
Awal pagi bergerak untuk ziarah Madinah( MasjidQuba’, Ladangkurma, Masjid Qiblatain, JabalUhud dan Pasar Tamar). InsyaAllah, 2 jam sebelum Jumaat dah berada kembali di hotel/masjid Nabawi.
5
MADINAH > MAKKAH
Ziarah Wada’. Jemaah pakai ihram untuk bersiap ke Makkah. 10am >singgah di Bir Ali untuk berniat umrah > teruskan perjalanan ke Makkah. Jangka tiba 7-8mlm. Check in hotel dan selepas itu InsyaAllah mutawif akan bawa Jemaah untuk umrah pertama. Juga tunjukkan kawasan sekitar Masjidilharam, restoran/tempatmakan yang sesuai.
6
MAKKAH
Aturcara bebas. Jemaah di galakkan memperbanyakkan ibadah.
7
MAKKAH
Jemaah di bawa ziarah menaiki kenderaan (JabalThur, Arafah, Mudzalifah, Mina, JabalNur, Jaáranah) dan kembali ke Makkah. Di Jaáranah , Jemaah bolehmemakai ihram dan berniatumrah sekiranya ingin mengerjakan umrah.
8
MAKKAH
Aturcara bebas. Jemaah di galakkan memperbanyakkan ibadah.
9
MAKKAH
Aturcara bebas. Jemaah di galakkan memperbanyakkan ibadah.
10
MAKKAH
Aturcara bebas. Jemaah di galakkan memperbanyakkan ibadah.
11
MAKKAH
Aturcara bebas. Jemaah di galakkan memperbanyakkan ibadah. Melawat ladang unta dan Masjid Hudaibiyyah. Jemaah boleh memakai ihram dan berniat umrah di sini. (Jika mendapat kelulusan pihak berkuasa, boleh ziarah ke Kilang Kelambu Kaabah dan Muzium)
12
MAKKAH > JEDDAH > DHAKA
Jemaah lakukan tawaf wada’ dan insyaAllah 10 mlm bergerak ke Jeddah Airport untk penerbangan ke Dhaka & KLIA. 5.30 pagi jangka berlepas. Tiba Airport Dhaka untuk transit ke Kuala Lumpur. Jangka berlepas 8.00 mlm ke KLIA.
13
DHAKA > KUALA LUMPUR
InsyaAllah jangka tiba KLIA pada 2am dengan selamat dan mendapat umrah yang mabrur.


BERMINAT? Nak daftar?
Kena la isi borang online di sini ye. Klik sini.

BILA BOLEH DAFTAR?
Booking dah buka. 1st come 1st serve. Trip kekawan ni tak ramai sangat, dlm 30-40 orang sahaja per trip. Isi borang online dulu jika berminat. TUTUP jika dah penuh atau 45 hari sebelum tarikh penerbangan.

PERLU MAKLUMAT LANJUT?
Sila hubungi saya di tripkekawan@yahoo.com atau 013-3385868.


ANTARA PENGALAMAN JEMAAH KAMI

Jemaah di hadapan hotel, berdekatan Masjid Nabawi
"Alhamdulillah, memang antara trip umrah terbaik yang pernah saya ikuti. Walaupun pakej ni takda makan, tapi ia tiada masalah langsung, malah lagi bagus sebab tak perlu terkejar-kejar dari masjid ke hotel pasal nak makan. Lagipun banyak kedai makan di sekitar masjid. Terasa macam satu family dengan jemaah lain. Cara makan beramai-ramai dalam talam memang unik dan berbeza. InsyaAllah tahun depan saya nak ikut lagi"
Hj. Saat & keluarga, Batu Pahat (Allahyarham)


"InsyaAllah saya akan syorkan sedara dan kawan lain ikut trip ni. Mula-mula cuak juga sebab naik BIMAN dan nama BAJET, tapi Alhamdulillah semua lancar. Makan sendiri takda masalah InsyaAllah. Value for money. Syabas kepada Hj. Zikri & team"
Khir Ariffin & Keluarga, Cheras


"Alhamdulillah, trip umrah dengan Hj Zikri memang best dan ada kelainannya. Walaupun trip tunda dari Disember ke Mac 2011 (sebab visa), satu perjalanan yang amat istimewa. Terasa jemaah seperti sebuah keluarga rapat. Tazkirah dan pengisian ilmu banyak membantu transformasi dan kesan dalam ibadah ini. Dengan pendekatan santai dan bersahaja, ia amat terkesan, Alhamdulillah"
Wan Rafidah & sahabat, Ulu Selangor.