Sunday, March 15, 2015

KELANA SCANDINAVIA 11H10M

DENMARK & NORWAY & SWEDEN & ARTIC CIRCLE (FEB & OKT 2016)
Aurora di Utara Norway & Sweden Subhanallah.

InsyaAllah jom sama2 kelana memandu untuk melihat keindahan alam ciptaan Allah dan doanya ia membantu membentuk kita menjadi hamba Allah yang hebat dan mengejar redha Allah sentiasa insyaAllah.

Kelana ini kita akan memandu sendiri kenderaan (kereta/van). Setiap kenderaan perlukan hanya 2 peserta yg memandu. Peserta solo pun di alu2kan dan nanti kami akan bantu grupkan bersama insyaAllah.


APA YANG MENARIK & UNIK?

  • Memburu Aurora Borealis (mcm gambar di atas)
  • Pengalaman memandu sendiri di negara Scandinavia
  • Merentasi dan memasuki Arctic Circle (kira mcm kutub utara la)
  • Merentasi antara jalan2 terindah di dunia & di Eropah (seperti Trollstigen & Atlantic Road)
  • Menikmati pemandangan yang MasyaAllah indah & cantik semulajadi
  • Melihat tasik2 indah & fjord2 yang cantik di perjalanan
  • Menaiki feri2 dlm pergerakan di beberapa fjord indah
  • Pengalaman pelbagai jenis penginapan (hotel, apartment, campsite motel dan kapal)
  • Merasai kelainan musim di selatan kelana dan utara kelana (di selatan musim luruh (Okt) atau musim bunga (Feb) manakalal di utara biasanya sejuk dan bersalji seperti di kaw kutub utara)
  • dan banyak lagi keunikan insyaAllah



TARIKH TRIP 

  • 5-15 Feb 2016 (mula 8am, 5 Feb. Habis 15 Feb 8pm) TUTUP, PENUH
  • 30 Sep - 10 Okt 2016 (mula 8am, 30 Sep. Habis 10 Okt 8pm) TUTUP, PENUH
  • 12 - 22 Okt 2016 (mula 8am, 12 Okt. Habis 22 Okt 8pm) TUTUP, PENUH
  • 24 Mac - 3 April 2017 
  • 22 Sep - 2 Okt 2017 
  • 6 - 16 Okt 2017 
  • Sila DAFTAR sebelum 1 MEI 2016 (atau tutup apabila dah penuh)
  • Pemilihan akan dibuat. Peserta terpilih akan dihubungi sebelum 1 JUN 2016.
  • Pembayaran penuh 3 bulan sebelum trip.

KENAPA FEB/MAC/SEPT & OKT SHJ?
Kerana Februari & Oktober adalah waktu paling tinggi kebarangkalian dan peluang untuk melihat Aurora Borealis ini insyaallah. Kami tak dapat jamin tapi dari rekod2 dahulu, macam tu la. Ini kerana waktu itu sejuk (-5c hingga 5c) dan biasanya langit cerah kurang berawan menyebabkan Aurora berkemungkinan tinggi dapat di lihat lebih kerap & jelas. Aurora ini dapat di lihat sewaktu musim sejuk (Okt - Feb) biasanya, tetapi pada Nov, Dis & Januari; biasanya suhu terlampau sejuk dan awan tebal menyebabkan kebarangkalian kurang untuk lihat Aurora ni dengan jelas & kerap, wallahu'alam.

Dan kawasan utara Norway & Sweden adalah tempat paling tinggi di dunia peluang & kebarangkalian untuk melihat AURORA ini, insyaALlah.


KOS GROUND

  • RM4350/orang

KOS GROUND ini termasuk

  • Kos sewa kereta (saiz sederhana estate/wagon, manual. Boleh upgrade ke Auto Transmisi)
  • Insurans asas sewa kenderaan
  • Penginapan bajet hotel/cabin/apartment/kapal (twin/triple/quad sharing)
  • Guide dalam trip ini
  • sewa GPS dan buku panduan perjalanan serta senarai masjid & kedai halal


TAK MASUK

  • Flight ke Copenhagen Denmark (peserta terpilih akan di advise)
  • Makan minum semasa trip (samada kita masak sama2 atau makan di kedai halal)
  • Kos minyak, parking, tol & feri kenderaan
  • Yuran masuk aktiviti atau attractions dalam trip
  • Upgrade kenderaan dan insurans
  • Lain2 kos persendirian

Trollstigen Norway

Aurora di utara Sweden & Norway


Awan & langit yg indah di sini

Aurora di utara Norway


pengalaman memandu sendiri di jalan2 terbaik

sini mmg banyak naik feri sbb banyak tasik & fjord

kita pakai kete Wagon/Estate biasanya

Fjord di sekitar Aurlandsfjord

ITINERARI PERJALANAN

HARI 1 : Trip mula 8am di Copenhagen Denmark. Free & Easy
HARI 2 : Copenhagen > Oslo Norway
HARI 3 : Oslo > Aurlandsfjord > Trollstigen
HARI 4 : Trollstigen > Atlantic Road
HARI 5 : Atlantic Road & Trondheim
HARI 6 : Trondheim > Arctic Circle > Rokland (memburu Aurora)
HARI 7 : Rokland (memburu Aurora lagi)
HARI 8 : Rokland > Sundsvall
HARI 9 : Sundsvall > Stockholm
HARI 10 : Stockholm
HARI 11 : Stockholm > Copenhagen. Trip tamat 8pm insyaAllah

NOTA
Oleh kerana kelana ekspedisi ini melibatkan banyak pemanduan dalam keadaan sejuk dan mungkin bersalji, peserta hendaklah memberikan kerjasama dan berjemaah penuh dalam bantu membantu, memandu dan disiplin dalam solat & akhlak2 Islam insyaAllah.

BERMINAT NAK JOIN KELANA NI?

  1. Download borang (KLIK SINI UNTUK DOWNLOAD BORANG). Download, isikan dan kembalikan seperti arahan di borang pendaftaran.
  2. Jika tak dapat Download borang seperti LINK di atas,  Sila emailkan kami di tripkekawan@yahoo.com dengan info anda (Tajuk Ekspedisi, Nama Penuh, Alamat, No KP, No Tel) sebelum 1 MEI 2016 ini.
  3. Team Ekspedisi kami akan buat pemilihan.  
  4. Peserta terpilih akan diberitahu sebelum 1 MEI 2016. Peserta tak terpilih akan dikembalikan penuh bayaran booking mereka.
  5. Tips, advise, persediaan akan diberikan kepada peserta terpilih.
  6. Baki bayaran trip 3 bulan sebelum trip.

Atlantic Road, Norway

Copenhagen Denmark



pengalaman menginap di rumah atap rumput 

trollstigen 

sini banyak tasik indah MasyaAllah

trollstigen

aurora lagi.. sejuk.. tu yg ada pakai selimut.. he he


pengalaman menginap dlm kapal

belakang tu kapal penginapan kita di Stockholm

air sungai jernih, bersih dan ni dah jadi ais..

melawat tapak penginapan kaum SAMI, kaum
asli di utara Sweden


jika berpeluang, di utara salji, di selatan musim luruh.