Monday, October 8, 2012

NEW ZEALAND MOTORHOME (Guided Self Drive)





SEKILAS PANDANG

Mengembara di New Zealand (South Island) yang dikurniakan Allah keindahan alam serta penduduk yang ramah dengan mengenderai MOTORHOME (rumah bergerak). Dikenali dengan antara tempat “mesti pergi” untuk trip meilhat keindahan alam. Kita pergi pada musim luruh (Mac), musim bunga (November), musim panas (Disember) kerana cuaca yang selesa, serta pemandangan yang amat cantik, MasyaAllah.



TARIKH TRIP (2014)
  • 17-22 Nov (Musim Bunga & Cuti Sekolah Malaysia) TUTUP, PENUH
  • 24 - 29 Nov (Musim Bunga & Cuti Sekolah Malaysia) TUTUP, PENUH
  • 1 - 6 Dis (Musim Panas awal & Cuti Sekolah Malaysia) TUTUP, PENUH

TARIKH TRIP (2015)

  • 16-21 Mac 
  • 23-28 Nov 
  • 2-7 Dis
  • 9 - 14 Dis





ISTIMEWA TRIP INI

·         Pengalaman memandu & menaiki motorhome

·         Bergerak, masak, makan, tidur, mandi di dalam motorhome.

·         Motorhome lengkap dgn katil, tempat tidur, sinki, dapur memasak, cabinet, alatan memasak, kerusi & meja makan.

·         Pergerakan, solat, makan dan berkelana secara jemaah

·         Melihat keindahan alam 4 musim pada satu masa

·         Aktiviti pelbagai (bungee jump, jet boat, antartica experience dan lain)




MOTORHOME
Kami mempunyai 3 jenis motorhome iaitu

  • Motorhome BAJET 2 + 1 
  • Motorhome BAJET 4 DEWASA
  • Motorhome 6 DEWASA FULL
  • Nota : beza antara utama Motorhome Bajet 2 atau 4 dengan Motorhome 6 dewasa ialah Bajet punya takda tandas/bilik mandi (dan oven, tv, peti ais). Tapi insyaALlah bukan masalah besar sebab banyak tandas awam dalam perjalanan dan kebanyakan campsite berbayar dlm trip kita ada tandas, tempat mandi yang selesa insyaALlah.



MOTORHOME BAJET 2+1. Sesuai untuk 2 dewasa + 1 kanak2.
Transmisi Manual shj. Petrol. Ada sinki, dapur masak &
peralatan asas, katil (tukar jadi kerusi pd siang hari), bantal, selimut, tuala.
Pinggan mangkuk & sudu garpu untuk 2 orang. 


MOTORHOME BAJET 4 DEWASA. Sesuai untuk 3-4 dewasa.
Transmisi MANUAL. (tambahan NZD200 utk upgrade ke AUTO transmisi)
Petrol. Ada sinki, dapur masak & peralatan asas, katil
(tukar jadi kerusi pd siang hari), bantal, selimut, tuala.
Pinggan mangkuk & sudu garpu untuk 4 orang. 


MOTORHOME 6 DEWASA. Sesuai untuk maksima 6 dewasa. Transmisi Manual
(jika nak upgrade ke AUTOMATIK, tambahan dalam NZD300-450 per motorhome per trip)
Turbo Diesel. Ada sinki, dapur masak & peralatan asas, microwave oven, tv, peti ais, katil
(tukar jadi kerusi & meja pd siang hari), bantal, selimut, tuala.
Pinggan mangkuk & sudu garpu untuk 6 orang. 


MAKAN MINUM

Kebanyakan bahan makanan kita bawa dari Malaysia dan kita masak atau panaskan di dalam motorhome. Memasak dan makan akan buat berjemaah bila berkesempatan. Alatan memasak asas dan dapur memasak ada dalam motorhome. Kami akan berikan senarai bahan makanan dan keperluan lain yang perlu di bawa oleh semua peserta. Ini memastikan kos terkawal dan bahan makanan yang halal. InsyaALlah.



PENGANGKUTAN & PEMANDUAN

Kita drive sendiri motorhome tu. Pergerakan dalam kumpulan di bantu oleh pengurus trip kami, buku panduan trip kami, GPS (Global Positioning). Setiap pagi ada taklimat untuk bincang perjalanan. Peserta bebas bergerak menurut minat dan bajet masing-masing ke tempat-tempat menarik, dan berjumpa di checkpoint ditetapkan pada masa tertentu. Ini membantu peserta menikmati percutian ini dengan terbaik bergantung kepada bajet & minat masing-masing.


Pemanduan adalah seperti di Malaysia (steering kanan). Lesen Malaysia (Kelas D) sah digunakan di sini. Kebanyakan undang-undangnya hampir sama di Malaysia dan peserta di minta menurut peraturan kerana pemantauan & penguatkuasaan yang ketat di sini.



SOLAT

Solat mesti dilakukan pada masa yang ditetapkan oleh Allah Taala. Kita akan buat solat berjemaah di mana-mana tempat yang boleh bila ada kelapangan atau solat musafir dalam kenderaan, bergantung kepada keadaan.




HARGA

MAC & NOV TRIP
Peserta Per Motorhome
PER DEWASA
(12 thn dan ke atas)
PER KANAK-KANAK
(2-12 thn)
BAYI (< 24 bln) tak kira as Peserta
JENIS MOTORHOME
UNTUK TRIP
6 Orang
RM1450
RM1150
FREE
6 Dewasa
5 Orang
RM1650
RM1400
FREE
4 Orang
RM1500
RM1250
FREE
Bajet 4 dewasa
3 Orang
RM1950
RM1600
FREE
2 Orang
RM2150
RM2150
FREE
Bajet 2+1


DISEMBER TRIP
Peserta Per Motorhome
PER DEWASA
(12 thn dan ke atas)
PER KANAK-KANAK
(2-12 thn)
BAYI (< 24 bln) tak kira as Peserta
JENIS MOTORHOME
UNTUK TRIP
6 Orang
RM1650
RM1350
FREE
6 Dewasa
5 Orang
RM1950
RM1600
FREE
4 Orang
RM1750
RM1500
FREE
Bajet 4 dewasa
3 Orang
RM2200
RM2100
FREE
2 Orang
RM2500
RM2500
FREE
Bajet 2+1


Harga tertera adalah jumlah yang perlu dibayar kepada kami. Perubahan mungkin berlaku jika ada perubahan kos, kadar pertukaran mawatang dan lain-lain sebab.

Nota : Maksima 6 dewasa atau 2 dewasa & 4 kanak-kanak sahaja setiap motorhome



Harga termasuk

  • Sewa motorhome (Manual). 
  • Insurans motorhome 
  • Sewa Alatan asas memasak dalam motorhome
  • Sewa Pinggan mangkuk dan gelas asas dalam motorhome
  • Sewa Alatan tidur (selimut, cadar, bantal) dan tuala dalam motorhome
  • Gas Refill Fee Motorhome
  • Sewa GPS (dah set) & walkie talkie TripKekawan 
  • Buku Panduan Perjalanan Self Drive TripKekawan
  • Pengurus Trip bersama dalam kumpulan





Harga TIDAK termasuk

  • Tiket penerbangan (ke CHRISTCHURCH NZ)
  • Security Deposit NZD250 (guna kad kredit peserta sewaktu ambil kenderaan)
  • Diesel Recovery Tax NZD150 (untuk motorhome diesel shj. bayar tunai semasa trip)
  • Upgrade ke AUTO transmisi motorhome (dlm NZD400/motorhome)
  • Minyak kenderaan, parking, kos campsites.
  • Penginapan dan ground arrangement di luar tarikh trip
  • Insurans windscreen & tayar (NZD7/hari. Jika nak, bayar di NZ)
  • Makan minum dan lain-lain


TIKET PENERBANGAN
Tiket penerbangan peserta boleh beli online (www.skyscanner.com.my) atau dari mana-mana ejen tiket. Pastikan anda telah berada di CHRISTCHURCH semasa trip bermula (8am) dan penerbangan pulang selepas tamat trip (selepas 6pm).




BERMINAT?
Sila DOWNLOAD BORANG PENDAFTARAN di sini (klik sini), isikan dan ikut arahan dalam borang tersebut.

Jika ada masalah untuk download, sila emailkan TARIKH TRIP, NAMA ANDA, NO HP, ALAMAT ke tripkekawan@yahoo.com






ITINERARI
(kami bantu urus Ground sahaja)


HARI 1. CHRISTCHURCH ke OMARAMA

Shuttle dari airport ke depot motorhome untuk taklimat dan ambil kenderaan serta urusan paperwork. Kemudian, mula bergerak melalui & menikmati jalan cantik serta pemandangan indah dan tasik besar (Lake Tekapo dan Lake Pukaki). Tidur di campsite.
 

HARI 2. OMARAMA > WANAKA > QUEENSTOWN

Pagi boleh lihat demonstrasi mengetam bulu kambing. Kemudian ke Wanaka utk ke Puzzle World Wanaka dan beli cenderahati di pekan ini. Perjalanan melalui antara jalan terindah dan berbeza muka bumi. Lewat petang ke Queenstown untuk bermalam.



HARI 3. QUEENSTOWN > TE ANAU

Free & Easy. Aktiviti di Queenstown, (bungee jump, tarian haka, cable car, jet boat, dan lain-lain). Petang bergerak ke campsite di Te Anau.



HARI 4.  TE ANAU > MILFORD SOUND > DUNEDIN

Awal pagi boleh ke Milford Sound untuk naik bot terkenal untuk melihat keindahan fiord New Zealand yg terkenal seluruh dunia. Tengahari bergerak ke Dunedin melalui jalan bukit yang banyak lokasi penggambaran Lord of The Rings dan juga lapangan gandum yg amat luas. Ke Peninsula Otago untuk melihat ratusan/ribuan burung albatross dan juga penguin kecil di tepian pantai sini. Bermalam di sekitar Peninsula Otago.



HARI 5. DUNEDIN >  TIMARU

Awal pagi ke bandar Dunedin. Free & Easy. Boleh lawat kilang Cadbury’s. Bergerak ke Oamaru & Timaru sambil singgah di Moeraki Boulders (ada banyak batu bulat besar di tepian pantai), boleh main pantai dan juga tengok cara keju tradisional di buat di Oamaru. Bermalam di Timaru.



HARI 6. TIMARU > CHRISTCHURCH

Pagi gerak ke Christchurch. Free & Easy. Boleh tengok binatang di Safari Park atau pengalaman mengembara antartika di Antartica Exhibition Centre, atau memandu kereta kebal. Petang, pulangkan motorhome ke depot. InsyaAllah semua peserta mendapat pengalaman yang menarik dan pemandangan alam yang sungguh indah.



TRIP SELESAI.




BERMINAT?
Sila DOWNLOAD BORANG PENDAFTARAN di sini (klik sini), isikan dan ikut arahan dalam borang tersebut.

Jika ada masalah untuk download, sila emailkan TARIKH TRIP, NAMA ANDA, NO HP, ALAMAT ke tripkekawan@yahoo.com


di jalan tertinggi di NZ South Island

masak & makan jemaah

Lindis Pass, jalan ke Wanaka

Lake Pukaki