Monday, October 8, 2012

EROPAH WINTER 4 NEGARA Guided Self Drive (France, Belgium, Nederland > UK)

EROPAH WINTER 4 NEGARA 16-20 DIS 2014


Trip musim sejuk & salji di Eropah, guided self drive. Juga boleh nak shopping sebab biasanya masa musim ni banyak Sales Murah sempena pra Krismas insyaALlah. Suhu di sekitar 10c hingga -5c bergantung kepada cuaca, lokasi dan keadaan. Wallahu alam.

TARIKH

  • 16 - 20 Disember 2014
  • 19 - 23 Disember 2015


KOS 
RM 2750 /dewasa (Ground shj), diskaun RM500 utk kanak2 (2-12 thn), bwh 2 thn FREE.



PERJALANAN

  • (Hari 1)  : Trip mula di Paris CDG Airport 8am. > Bruges Belgium > Amsterdam Nederland
  • (Hari 2) : Amsterdam, Zaans Schans, Volendam
  • (Hari 3) : Amsterdam > Ashford Factory Outlet > London (masuk UK via feri atau Eurotunnel)
  • (Hari 4) : London
  • (Hari 5) : London > petang balik ke Paris (via feri atau eurotunnel). dlm 8pm trip tamat.


KOS Ground termasuk

  • Penginapan bajet hotel/apartment (twin/triple/quad sharing)
  • Kenderaan sewa (peserta drive sendiri). Share 1 kenderaan (4 org per kereta atau 7-8 orang per van)
  • Insurans asas untuk kenderaan sewa
  • Guide muslim dalam trip ini
  • Penggunaan GPS kami yg dah set, walkie talkie dan buku Panduan Peserta Trip ini
  • Feri atau EuroTunnel France >UK (Calais > Dover UK > Calais)


KOS TAK masuk

  • Tiket penerbangan ke Paris (peserta beli sendiri)
  • penginapan dan pengangkutan di luar tarikh trip (peserta book sendiri, kami akan berikan panduan)
  • Minyak, tol, parking kenderaan
  • Lain-lain kos persendirian

NOTA

  • Tiket beli sendiri, online je senang. Biasanya kami suggest pakai www.skyscanner.com.my 
  • Peserta hendaklah berada di Paris CDG Airport (Terminal 1) pada atau sebelum 8am 16 Dis dan flight balik seawalnya 10pm 20 Dis. Ini kerana kita jangka 8pm baru habis trip di CDG Paris Airport juga.
  • Jika nak ronda Paris puas sikit, kami cadangkan extra 2 hari di Paris sahaja. Senarai cadangan penginapan akan kami berikan kepada peserta jika nak extra hari di sana. Maka, penerbangan anda kena sampai atau balik lebih lewat jika nak ronda ni. 



JIKA BERMINAT

  1. Download borang (klik sini) dan isikan borang serta ikut arahan pendaftaran di borang tersebut. (Jika tak dapat download borang, sila emailkan permintaan anda ke tripkekawan@yahoo.com)
  2. Booking RM200/orang (non refundable)
  3. Kami akan emailkan Panduan Peserta Trip (info tiket, penginapan, pemanduan, makanan, keselamatan, insurans, persediaan dan lain2 info)
  4. Baki bayaran 3 bulan sebelum trip
  5. Berjumpa di Paris CDG Airport dengan wakil kami pada pagi trip ini insyaAllah







Paris winter

Zaans Schans Amsterdam

Bruges Belgium