Friday, May 17, 2013

TRIP KEKAWAN

PENGENALAN

Konsep utama kami ialah KERJASAMA dan BANTU MEMBANTU.
Kami bantu uruskan trip seperti kawan bawa kekawan jalan-jalan macam tu, bukan seperti Travel Ejen yang uruskan semua. Oleh itu, biasanya kami hanya bantu uruskan GROUND (Penginapan, kenderaan, insurans, pergerakan). Cuma ada beberapa trip yang kena ALL IN sebab faktor undang-undang negara tersebut.

BAGAIMANA TRIP KEKAWAN BERMULA?
Trip Kekawan bermula beberapa tahun lalu. Ia di asaskan oleh kami  untuk membantu kami meneruskan dan mengembangkan DMK (Dana Madrasah Kemboja http://infaqkemboja.blogspot.com/) yang juga di asaskan oleh kami dalam membantu secara berterusan beberapa madrasah Quran & Fardhu Ain di selatan Kemboja yang daif. InsyaAllah sebahagian dari keuntungan trip-trip kami adalah untuk menampung kos DMK ini. Alhamdulillah, buat masa ini DMK telah dapat membantu 7 madrasah Quran dan pra sekolah Islam di sana (jumlah pelajar >1000 orang dengan 14 orang guru) sejak 2011. 

 Kami ingin mengajak kekawan untuk bersama-sama menimba pengalaman dan membantu transformasi diri menjadi hamba Allah yang lebih hebat dengan kelana-kelana ini InsyaAllah. Bak kata ulama' Syed Qutb “aku melihat Islam tetapi tiada orang Islam, dan aku melihat ramai orang Islam tetapi tiada Islam”. Robbi Yassir.

NEW ZEALAND MOTORHOME untuk melihat keindahan alam ciptaan Allah
Kelebihan TRIP KEKAWAN
  • Kelana / Travel Muslim
  • Trip santai dan agak bajet 
  • Destinasi menarik, kekadang unik dan pengalaman berbeza
  • Konsep kekawan & jemaah, bantu membantu antara peserta
  • Keuntungan di salurkan kepada madrasah di Kemboja


TAHUN 2013





TRIP TARIKH MUSIM CUTI SEKOLAH KOS DARI KOS TERMASUK STATUS
NEW ZEALAND MOTORHOME
(Guided Self Drive)
20 – 25 Nov Bunga YA RM1250 K+HM+G AT
27 NOV – 2 DIS BUNGA YA RM1500 AT
4 – 9 DIS PANAS YA RM1650 ADA
12 – 17 DIS PANAS YA RM1650 ADA
KOREA BAJET 6H5M 22-27 Nov
7-12 Dis
Salji
Winter
YA RM1890 K+H+G+M+P ADA
KEMBOJA Ziarah Muslim & Madrasah 12-14 Jul (Ramadhan)

RM550 K+H+G+M+P ADA
KEMBOJA & VIETNAM Ziarah Muslim 12-16 Jul (Ramadhan)

RM1100 K+H+G+M+P ADA
UZBEKISTAN
(Menjejaki Tamadun Islam dan Imam Bukhari)
30 Ogos – 5 Sep PANAS & Buahan
RM4500 ALL IN ADA
EROPAH 3 NEGARA WINTER
(France, UK, Belgium & Guided Self Drive)
24-28 DIS SALJI YA RM2490 K+H+G ADA

klik di LINK TRIP untuk maklumat lanjut







TAHUN 2014





TRIP TARIKH MUSIM CUTI SEKOLAH KOS DARI KOS TERMASUK STATUS
NEW ZEALAND MOTORHOME
(Guided Self Drive)
24-29 MAC LURUH YA RM1250 K+HM+G T
17-22 NOV BUNGA YA RM1250 T
24-29 NOV BUNGA YA RM1250 T
1-6 DIS PANAS Awal YA RM1650 ADA
8-13 DIS PANAS Awal YA RM1650 ADA
EROPAH 7 NEGARA (France, Swiss, Germany, Luxembourg, Nederland, Belgium, UK) Guided Self Drive 26 MEI – 3 JUN BUNGA YA RM3750 K+H+G ADA
ITALY & SWISS
(Dunia Permotoran & Guided Self Drive)
9-14 JUN PANAS
RM2950 K+H+G ADA
EROPAH 3 NEGARA WINTER
(France, UK, Belgium & Guided Self Drive)
24-28 DIS SALJI YA RM2490 K+H+G ADA
JEPUN
(Guided Self Drive)
21-25 MAC Bunga (Sakura & Tulip) YA RM2550 K+H+G ADA
30 MEI – 3 JUN Bunga YA RM2550 ADA
21-25 NOV SALJI YA RM2550 ADA
UZBEKISTAN 21-27 MAC BUNGA YA RM4650 ALL IN ADA
30 MEI – 5 JUN BUNGA YA RM4650 ADA
TURKI(Guided Self Drive) 1-8 JUL PANAS
RM2490 K+H+G ADA
UK & SCOTLAND(Guided Self Drive) 19-26 JUN PANAS
RM2490 K+H+G ADA
SPAIN ANDALUSIA
(Guided Self Drive)
18-23 MEI BUNGA
RM1990 K+H+G ADA

KOS TERMASUK STATUS
K = Kenderaan + GPS + Insurans Basic Kenderaan ADA = Masih ada tempat
H = Hotel / Penginapan Bajet (twin/triple share) T = Tempat Terhad
HM = Penginapan dalam motorhome (New Zealand) AT = Tempat Amat Terhad
G = Guide / Pengurus Trip

M = Makan Minum Halal (seperti itinerari)

P = Pemandu/Driver Kenderaan


BERMINAT, NAK JOIN, PERLU INFO?
Sila klik di link trip di atas (jadual trip) untuk mengetahui maklumat lanjut, itinerari, booking.
EROPAH. Lokasi paling glamer... ikon di Paris, Eifel Tower. 
JEPUN. Jalan jalan Akihabara untuk jamu mata dulu.
Melihat & mengalami budaya efisien dan lembut Jepun serta teknologi.

SPAIN ANDALUSIA. untuk melihat & ambil iktibar dr kegemilangan &
kejatuhan kerajaan Islam dahulu.
UZBEKISTAN. Melihat bekas kegemilangan empayar Islam Emir Temur
serta keindahan negara ini.
UK & SCOTLAND. Pengalaman memandu dan melihat
kecantikan sepanjang perjalanannya. 
TURKI. Ziarah saudara Muslim serta madrasah di sini serta belajar
& melihat empayar Uthmaniah 
KEMBOJA. Ziarah madrasah & sdr Islam daif di sini sambil
meninfaq/membantu mana yg mampu INsyaALlah.

TRIP KOREA BAJET (6hari 5malam)


Korea winter


menjelajah ke Korea Selatan bajet bersama trip kelana muslim trip kekawan.

TARIKH TRIP
  • 22-27 Nov 2013 (Winter)
  • 7-12 Dis 2013 (Winter)


HARGA
  • RM1890 seorang (2 thn ke atas) untuk ground (tak termasuk penerbangan)
  • RM550 seorang (bayi < 2 thn)

(Nota : Umur di kira semasa bermula trip)

HARGA TERMASUK
Penginapan Bajet (twin/triple sharing)
Kenderaan, Guide Muslim dan pemandu
Makan minum halal
Yuran masuk ke tempat seperti itinerari

HARGA TAK TERMASUK
Penerbangan (urus & beli sendiri) pergi balik ke Incheon International Airport Seoul
Insurans atau Takaful Kembara
Personal Expenses lain yang tidak tersenarai di atas
gratuiti / tips untuk pemandu/guide
Cerita popular Winter Sonata di ambil di NAMI ISLAND


ITINERARI (PERGERAKAN)

HARI 1 (L,D)
Berjumpa di Incheon International Airport dengan wakil/team kami
Pengalaman dan belajar budaya dan sejarah Korea dengan lawatan hari ini.
  • Korean Folk Museum
  • Gwanghamun Square (King Sejong Centre)
  • Chunggyechun River Stream
  • Lotte World – Evening Ticket


HARI 2 (B,L,D)
Melawat NAMI ISLAND , tempat buat penggambaran cerita Korea popular “Winter Sonata” .

HARI 3 (B,L,D)
Melawat kawasan popular di kalangan pelawat, kawasan muslim (Itaewon Street) dan kawasan Namsan.
  • War Memorial Museum
  • Masjid Itaewon Seoul
  • Itaewon Street
  • Namsan Tower
  • Hanok Korean Traditional Village


HARI 4 (B,L,D)
Hari ni membeli belah, beli cenderahati dan jalan ke taman
  • Yieodo Park & Han River Park
  • IFC Underground Shopping Mall
  • Insadong Culture Street


HARI 5 (B,L,D)
Rehat dan berjalan sekitar jalan-jalan Korea yang popular dengan tempat shopping
  • Dongdaemun Market
  • Namdaemun Market
  • Myeongdong Fashion Street


HARI 6 (B)
Selepas sarapan, bergerak ke Incheon International Airport Seoul untuk penerbangan pulang.

B= Breakfast , L = Lunch, D = Dinner
Itinerari dan program trip tertakluk kepada perubahan.

Masjid Itaewon  di Seoul

JUMLAH PESERTA PER TRIP
Minima 8 orang, Maksima 40 orang

MAKANAN
Korea adalah negara non muslim dan makanan halal dalam trip ini adalah makanan Korea berasaskan seafood dan sayuran yang InsyaAllah halal. Makanan halal dari restoran Pakistan / India / Asia lain ada tetapi amat terhad dan mahal. Jika peserta ingin makanan halal selain dari seafood dan sayuran, bayaran tambahan sekitar RM40-60/orang /meal dijangkakan.

BELI TIKET PENERBANGAN & MAKLUMAT LAIN
Peserta akan terima maklumat dan saranan pembelian tiket penerbangan & maklumat lain (pakaian, tips, ubatan, kastam dan maklumat penting lain) selepas booking di terima dari peserta.
Guide kami di sana terdiri dari warga Malaysia yang duduk/kerja/belajar di Korea Selatan. InsyaAllah boleh juga membantu mereka dapat extra duit poket sara hidup (terutama pelajar).

BAYARAN & TARIKH TUTUP
  • Booking RM200 semasa daftar & booking (booking non refundable)
  • Baki bayaran 90 HARI sebelum trip.
  • Trip tutup 90 hari sebelum trip atau jika dah penuh, mana-mana yang dahulu.

(Arahan pembayaran ada di borang online. Boleh download di bawah)

BERMINAT & NAK BOOKING
Jika tak dapat download, sila emailkan NAMA, NO TEL, TRIP & TARIKH TRIP ke tripkekawan@yahoo.com

Monday, December 24, 2012

TRIP KEKAWAN JEPUN



SEKILAS PANDANG
Ziarah ke negara maju Jepun dengan konsep GUIDED GROUP DRIVE serta melihat budaya lama & baru mereka, merasai teknologi dan disiplin mereka, kecanggihan sistem pengangkutan dan melihat pemandangan bunga sakura berkembang indah di awal April (musim bunga).

ANTARA ISTIMEWA TRIP INI
  • Merasai pengalaman menaiki Shinkansen (bullet Train) & pengangkutan awam Jepun
  • Membeli belah barangan elektronik murah dan terbaru di Akihabara
  • Melihat budaya Jepun lama dan baru di Tokyo dan di Nikko
  • Merasai keindahan bunga Sakura mekar (cherry blossom) dan bunga tulip
  • Pengalaman memandu di Jepun
  • Pengalaman memandu supercar Jepun (NISSAN GTR) dan NISSAN FAIRLADY 370z  di Jepun (kos tambahan)
Pengalaman naik pengangkutan awam Tokyo & juga
Bullet Tren dia (Shinkansen) 

insyaAllah masa trip ni ada "cherry Blossom" bunga sakura
kembang & ramai org picnic.

TARIKH TRIP

  • 21-25 MAC 2014. Musim Bunga. (Bunga Sakura kembang & Tulip)
  • 30 Mei -3 Jun 2014. Musim Panas. 
  • 21 - 25 Nov 2014. Musim Sejuk.


HARGA
RM2550/orang (ground sahaja)
RM1990/orang (ground shj. kanak-kanak 2-12 thn)
RM500/ baby (bawah 2 tahun)

Harga TERMASUK
  • Penginapan bajet (twin or triple sharing)
  • Transport sewa kereta/van/mpv ( share 4-7 orang per kenderaan) kita drive sendiri
  • Insuran Kembara & Insurans Kenderaan
  • Guide tempatan berbahasa Inggeris atau Melayu (menurut itinerari)

Harga TAK TERMASUK
  • Tiket kapalterbang (AirAsia ke Tokyo Haneda Airport) beli sendiri
  • Visa (urus sendiri)
  • Makan minum (kebanyakan kita akan bawa dari Malaysia)
  • Petrol , tol, parking (kita share2 di sana)
  • yuran masuk park dan lain-lain

JANGKAAN JUMLAH KOS (Ground + Flight + Lain2) dalam RM4000-5000/orang.

OPTIONAL (KOS TAMBAHAN jika nak)
  • Pengalaman Memandu NISSAN GTR 1 hari (RM1200/kenderaan)
    • Nota : Kenderaan disupply oleh pihak penyewa adalah tertakluk kepada syarat & terma yang ditetapkan. Penyewa mesti mempunyai berumur lebih 35 tahun (GTR) atau 25 thn (FAIRLADY Z), mempunyai kad kredit sbg security deposit dan sihat tubuh badan.
Pengalaman memandu Supercar NISSAN GTR atau FAIRLADY Z dari
Tokyo > Mt Fuji > Tokyo. 


Ziarah & solat jemaah di masjid di Tokyo. Ini di Yoyogi.
Masjid terbesar di Tokyo support dr Turki.

jalan2 Akihabara Tokyo, bandar elektronik yg femes 


PENERBANGAN
Mestilah dah tiba di Tokyo Haneda airport pada hari program dan penerbangan balik selepas habis trip.

PESERTA TRIP
Terhad kepada 24 orang sahaja.


ITINERARI / PROGRAM

HARI 1.  TOKYO/ YOKOHAMA
Awal pagi berjumpa di Tokyo Haneda Airport
Memandu ke Yokohama. Free & Easy
Boleh ke Yokohama Sea Paradise

HARI 2.  TOKYO
Pengalaman naik Shinkansen (bullet train) Yokohama ke Tokyo. Melawat Akihabara (tempat elektronik), Asakusa (cenderahati). Ronda sekitar bandaraya Tokyo berjalan kaki. Ziarah masjid di Tokyo.
Balik ke Yokohama naik tren.

HARI 3. MT. FUJI
Ke Mount Fuji dan kawasan pergunungannya (3 jam driving)
pengalaman memandu NISSAN GTR atau FAIRLADY  dr Tokyo < > Mt Fuji (kos tambahan jika nak). ke taman bunga Sakura & Tulip serta boleh berkelah (picnic) di taman (makan tengahari). (2.5 jam driving dr Mt Fuji).

HARI 4, TOCHIGI
Awal pagi memandu ke Tochigi untuk melihat perkampungan budaya Jepun (3 jam driving)
Awal petang jika sempat boleh ke Tobu Mini World Square (Bangunan Mini dr serata dunia)
Bersiar sekitar bandar Nikko (pekan tepian gunung dan kalau ada rezeki, ada juga bunga sakura gunung sedang mekar). Tidur di Nikko

HARI 5, TOKYO
Free & Easy. Jika nak, boleh ke Disneyland Tokyo atau shopping.
Petang ke Airport Haneda.
Trip tamat.


BERMINAT JOIN?
Sila DOWNLOAD BORANG (klik sini) dan isikan serta hantar kembali bersama bayaran booking. (Arahan ada di dalam borang). Jika ada masalah download borang, sila emailkan NAMA, ALAMAT, NO TELEFON anda kepada tripkekawan@yahoo.com
Yokohama Sea Paradise. Sungguh besar & display hidupan laut
yg amat banyak, dr dolphin, ke paus, ke polar bear, dolphin dan lain2


pekan Nikko di Tochigi
masak & makan okuniyaki berjemaah


di Edomura (kampung budaya) ada demonstrasi
hidup Jepun lama dulu & bangunan lama.



Sunday, October 7, 2012

NEW ZEALAND MOTORHOME (Guided Self Drive)


dari RM1250/orang, tak termasuk tiket penerbangan


SEKILAS PANDANG

Mengembara di New Zealand (South Island) yang dikurniakan Allah keindahan alam serta penduduk yang ramah dengan mengenderai MOTORHOME (rumah bergerak). Dikenali dengan antara tempat “mesti pergi” untuk trip meilhat keindahan alam. Kita pergi pada musim luruh (Mac), musim bunga (November), musim panas (Disember) kerana cuaca yang selesa, serta pemandangan yang amat cantik, MasyaAllah.



TARIKH TRIP (2013)

  • 20-25 Nov (Musim Bunga & Cuti Sekolah Malaysia) amat terhad. 
  • 27 Nov - 2 Dis  (Musim Bunga & Cuti Sekolah Malaysia) amat terhad.
  • 4 - 9 Dis (Musim Panas awal & Cuti Sekolah Malaysia)
  • 12 - 17 Dis (Musim Panas awal & Cuti Sekolah Malaysia)

Nota : Untuk TRIP NOV, kami telah menambah beberapa motorhome tambahan tetapi jumlah amat terhad. Maka, 1st come 1st serve basis. Kepada yg berminat, book seawal mungkin.

TARIKH TRIP (2014)


  • 24-29 Mac (Musim Luruh & Cuti Sekolah Malaysia)
  • 17-22 Nov (Musim Bunga & Cuti Sekolah Malaysia)
  • 24 - 29 Nov (Musim Bunga & Cuti Sekolah Malaysia)
  • 1 - 6 Dis (Musim Panas awal & Cuti Sekolah Malaysia)
  • 8 - 13 Dis (Musim Panas awal & Cuti Sekolah Malaysia)


NEW ZEALAND memang negara yg tercantik
dlm pemandangan semulajadinya, Subhanallah.

ISTIMEWA TRIP INI

·         Pengalaman memandu & menaiki motorhome

·         Bergerak, masak, makan, tidur, mandi di dalam motorhome.

·         Motorhome lengkap dgn katil, tempat tidur, bilik air, sinki, dapur memasak, cabinet, alatan memasak, kerusi & meja makan.

·         Pergerakan, solat, makan dan berkelana secara jemaah

·         Melihat keindahan alam 4 musim pada satu masa

·         Aktiviti pelbagai (bungee jump, jet boat, antartica experience dan lain)


PENGINAPAN

·         Di dalam motorhome (share 6 hingga 2 orang seunit motorhome). Motorhome kita overnight /bermalam di campsite yang percuma atau murah/bajet.

·         Jika bujang atau bukan muhrim, kami akan asingkan motorhome lelaki dan perempuan.

·         Motel/apartment bajet hari pertama tiba atau hari sebelum penerbangan balik (kos tambahan)

ni waktu biasa/siang (hiasan pinggan tu ye,
kalau motorhome gerak kena simpan.. he he)

waktu nak tido, kerusi & meja bertukar..
jadi tilam utk tidur.

MAKAN MINUM

Kebanyakan bahan makanan kita bawa dari Malaysia dan kita masak atau panaskan di dalam motorhome. Memasak dan makan akan buat berjemaah bila berkesempatan. Alatan memasak asas dan dapur memasak ada dalam motorhome. Taklimat akan di adakan untuk senarai bahan makanan dan keperluan lain yang perlu di bawa oleh semua peserta. Ini memastikan kos terkawal dan bahan makanan yang halal. InsyaALlah.

jika sempat, kita akan lepak jap dan masak, makan
& solat jemaah. InsyaAllah

PENGANGKUTAN & PEMANDUAN

Kita drive sendiri motorhome tu. Pergerakan dalam kumpulan (biasanya dalam 5-10 motorhome per trip) di bantu oleh pengurus trip kami, buku panduan trip kami, GPS (Global Positioning). Setiap pagi ada taklimat untuk bincang perjalanan. Peserta bebas bergerak menurut minat dan bajet masing-masing ke tempat-tempat menarik, dan berjumpa di checkpoint ditetapkan pada masa tertentu. Ini membantu peserta menikmati percutian ini dengan terbaik bergantung kepada bajet & minat masing-masing.


Pemanduan adalah seperti di Malaysia (steering kanan). Motorhome ni transmisi manual dan saiz dia macam lori 3 tan. Insyaallah ½ hari dah bawak ok la, tak kekok sangat. Lesen Malaysia sah digunakan di sini. Kebanyakan undang-undangnya hampir sama di Malaysia dan peserta di minta menurut peraturan kerana pemantauan & penguatkuasaan yang ketat di sini.

top of NZ. juga tempat penggambaran LOTR.


SOLAT

Solat mesti dilakukan pada masa yang ditetapkan oleh Allah Taala. Kita akan buat solat berjemaah di mana-mana tempat yang boleh bila ada kelapangan atau solat musafir dalam kenderaan, bergantung kepada keadaan.



sapa nak naik Bungee? Saya tak berani... he he

kereta memang tak banyak. Ni awal pagi di Twizel

TIKET PENERBANGAN

Peserta uruskan pembelian sendiri. Penerbangan hendaklah ke Christchurch. Perjalanan trip ini bermula dan berakhir di Christchurch, New Zealand. Tiket penerbangan (beli sendiri, dlm RM2600-3500 utk JETSTAR - Kuala Lumpur > Christchurch, atau dlm RM3700-RM4500 utk MAS + JETSTAR - KLIA ke Auckland, dan Auckland ke Christchurch). Schedule tiket dan flight saranan, kami akan email dan advise, selepas peserta dah bayar booking.


HARGA (seorang)
(Trip Mac & Nov sahaja)


PAX Sharing per Motorhome

DEWASA

(12 thn ke atas)

KANAK-KANAK

(2-12thn)

BAYI (< 2 thn).

Tak kira as PAX

6 orang /motorhome

RM1250

RM1000

Percuma

5 orang /motorhome

RM1500

RM1250

Percuma

4 orang /motorhome

RM1650

RM1400

Percuma

3 orang /motorhome

RM2000

RM1750

Percuma

2 orang /motorhome

RM2250

RM2000

Percuma


HARGA (seorang)
(Trip 26 Nov - 2 Dis 2013 sahaja)


PAX Sharing per Motorhome


DEWASA

(12 thn ke atas)


KANAK-KANAK

(2-12thn)


BAYI (< 2 thn).

Tak kira as PAX


6 orang /motorhome


RM1500


RM1250


Percuma


5 orang /motorhome


RM1800


RM1500


Percuma


4 orang /motorhome


RM1950


RM1800


Percuma


3 orang /motorhome


RM2600


RM2300


Percuma


2 orang /motorhome


RM3000


RM3000


Percuma




HARGA (seorang)
(Trip DISEMBER sahaja)






PAX Sharing per Motorhome


DEWASA

(12 thn ke atas)


KANAK-KANAK

(2-12thn)


BAYI (< 2 thn).

Tak kira as PAX


6 orang /motorhome


RM1650


RM1300


Percuma


5 orang /motorhome


RM1950


RM1600


Percuma


4 orang /motorhome


RM2100


RM1900


Percuma


3 orang /motorhome


RM2800


RM2400


Percuma


2 orang /motorhome


RM3250


RM3250


Percuma

Harga tertera adalah jumlah yang perlu dibayar kepada kami. Perubahan mungkin berlaku jika ada perubahan kos, kadar pertukaran mawatang dan lain-lain sebab.

Nota : Maksima 6 dewasa atau 2 dewasa & 5 kanak-kanak sahaja setiap motorhome


Harga termasuk

·         Kos Sewa Motorhome (termasuk GST – Govt Service Tax) seperti itinerari

·         Alatan memasak asas spt dapur gas, sudu, garpu, periuk, pinggan mangkuk, cawan & gelas (dalam motorhome)

·         Insurans Motorhome (Upgrade ke Reduce Insurance Liability Option 2) & Takaful Kembara untuk peserta.

·         Gas Refill Fee

·         Sewa GPS dan buku panduan trip kami

·         Pengurusan, Koordinasi Trip, Pengurus Trip bersama dalam kumpulan


Harga TIDAK termasuk

·         Tiket penerbangan pergi balik (beli sendiri, dlm RM2600-3500/org utk JETSTAR - Kuala Lumpur > Christchurch, atau dlm RM3700-RM4500 utk MAS + JETSTAR - KLIA ke Auckland, dan Auckland ke Christchurch). Schedule tiket dan flight saranan, kami akan email dan advise, selepas peserta dah bayar booking.

·         Refundable Security Deposit (NZD250/motorhome). Ini di bayar semasa ambil kenderaan di sana dan dipulangkan kembali apabila pemulangan dilakukan dengan baik/lengkap. Ia di ambil dari kad kredit atau debit kad sahaja.

·         Bahan makanan & masakan (sbhgn kita bawa dr Malaysia - akan diberitahu dlm taklimat dan sbhgn kita beli di NZ. Bajet dlm RM100/org )

·         Yuran masuk atau fee aktiviti-aktiviti (dlm RM300/org)

·         Minyak kenderaan, parking, campsite dan lain-lain (dlm RM150-300/org)

Kos ada yang share dengan ahli motorhome dan ada yang persendirian. Bajet dalam RM1000-1500 seorang di sana untuk kos kedua-duanya, tertakluk kepada minat & aktiviti masing-masing.


TAKLIMAT SEBELUM BERLEPAS
Semua peserta akan diberi taklimat on-line 1-2 bulan sebelum berlepas supaya trip ini lebih bersedia, bermakna dan menurut terma & syarat.



Lake Pukaki di waktu selepas subuh

Lindis Pass. Sebab NZ ni cantik, jalan sikit berhenti, berhenti
lg dan lagi sebab seronok amik gambar. Alhamdulillah

BERMINAT?
Sila DOWNLOAD BORANG PENDAFTARAN di sini (klik sini), isikan dan ikut arahan dalam borang tersebut.

Jika ada masalah untuk download, sila emailkan TARIKH TRIP, NAMA ANDA, NO HP, ALAMAT ke tripkekawan@yahoo.com




ITINERARI

HARI 1 . FLIGHT KE NZ

Penerbangan ke Christchurch New Zealand. (own arrangement)


HARI 2. CHRISTCHURCH ke OMARAMA

Shuttle dari airport ke depot motorhome untuk taklimat dan ambil kenderaan serta urusan paperwork. Kemudian, mula bergerak melalui & menikmati jalan cantik serta pemandangan indah dan tasik besar (Lake Tekapo dan Lake Pukaki). Tidur di campsite.
 
Lake Pukaki. MasyaAllah indahnya ciptaan Allah.
belakangnya banjaran Mount Cook.


HARI 3. OMARAMA > WANAKA > QUEENSTOWN

Pagi boleh lihat demonstrasi mengetam bulu kambing (kos sendiri). Kemudian ke Wanaka utk ke Puzzle World Wanaka dan beli cenderahati di pekan ini. Perjalanan melalui antara jalan terindah dan berbeza muka bumi. Lewat petang ke Queenstown untuk bermalam.


HARI 4. QUEENSTOWN > TE ANAU

Free & Easy. Aktiviti di Queenstown, (bungee jump, tarian haka, cable car, jet boat, dan lain-lain). Petang bergerak ke campsite di Te Anau.

baki salji sebelum masuk terowong ke
Milford Sound

HARI 5.  TE ANAU > MILFORD SOUND > DUNEDIN

Awal pagi boleh ke Milford Sound untuk naik bot terkenal untuk melihat keindahan fiord New Zealand yg terkenal seluruh dunia. Tengahari bergerak ke Dunedin melalui jalan bukit yang banyak lokasi penggambaran Lord of The Rings dan juga lapangan gandum yg amat luas. Ke Peninsula Otago untuk melihat ratusan/ribuan burung albatross dan juga penguin kecil di tepian pantai sini. Bermalam di sekitar Peninsula Otago.


HARI 6. DUNEDIN >  TIMARU

Awal pagi ke bandar Dunedin. Free & Easy. Boleh lawat kilang Cadbury’s. Bergerak ke Oamaru & Timaru sambil singgah di Moeraki Boulders (ada banyak batu bulat besar di tepian pantai), boleh main pantai dan juga tengok cara keju tradisional di buat di Oamaru. Bermalam di Timaru.


HARI 7. TIMARU > CHRISTCHURCH

Pagi gerak ke Christchurch. Free & Easy. Boleh tengok binatang di Safari Park atau pengalaman mengembara antartika di Antartica Exhibition Centre, atau memandu kereta kebal. Petang, pulangkan motorhome ke depot. InsyaAllah semua peserta mendapat pengalaman yang menarik dan pemandangan alam yang sungguh indah.


TRIP SELESAI.

Jika penerbangan peserta pada keesokan harinya, kami boleh bantu uruskan penginapan (kos lain) untuk malam tersebut beserta pengangkutan penginapan ke airport.


BERMINAT?
Sila DOWNLOAD BORANG PENDAFTARAN di sini (klik sini), isikan dan ikut arahan dalam borang tersebut.

Jika ada masalah untuk download, sila emailkan TARIKH TRIP, NAMA ANDA, NO HP, ALAMAT ke tripkekawan@yahoo.com


peta South Island NZ dan route kita