Friday, February 27, 2015

NEW ZEALAND BERMOTOSIKAL


InsyaAllah bermula SEPT 2016 kita akan ada kelana NEW ZEALAND BERMOTOSIKAL sekitar South Island. Dengan motorsikal BMW & HONDA.

NOTA



TARIKH TRIP

  • 12-17 SEPT 2016 (musim bunga, suhu 15-10c)
  • 12-17 DIS 2016 (musim panas, suhu 25 - 15c)


MULA TRIP : 12 Sept/Dis 2016, 9am di CHRISTCHURCH AIRPORT
HABIS TRIP : 17 Sept/Dis 2016, 3pm di CHRISTCHURCH AIRPORT
JUMLAH MOTOR :  Minima 10 peserta (5-8 motor) dan Maksima 20 peserta (10-15 motor)
TARIKH TUTUP : 3 bulan sebelum trip (atau bila dah penuh kuota, mana2 yang dulu)

KOS GROUND (SEORANG)

BERDUA/MOTOR
SEORANG/MOTOR
BMW F650GS DAKAR 
RM3300
RM4500
BMW F700GS
RM3700
RM5500
HONDA ST1300
RM3975
RM6100

BMW F650GS Dakar

BMW F700 GS

Honda ST1300


KOS GROUND TERMASUK

  • Sewa motorsikal 
  • Insurans Motorsikal & Third Party Liabiliti (excess NZD2500)
  • Cukai & GST NZ 15% 
  • Airport Transfer ke Depot Motorsikal pergi balik
  • Penginapan bajet Cabin Campsite/Motel (twin sharing)
  • Pengurus Trip dalam kelana ini
  • Soft & Hard Luggage Box/Panniers
  • Heated Grips
  • 2400 km (cukup untuk trip ini, 1850-2000 km)
  • Full Breakdown AA cover



KOS TAK MASUK

  • Tiket penerbangan ke CHRISTCHURCH (peserta beli sendiri, kami akan berikan guide pembeliannya selepas peserta dah confirm penyertaan)
  • Makan minum (senarai kedai halal akan diberikan dan ada penginapan yang kita masak sendiri)
  • Kos Minyak & parking motorsikal
  • Refundable security Deposit (semasa ambil motorsikal, NZD2500/motor)
  • Tiket & kos aktiviti & attractions
  • Kos persendirian lain

NOTA
  • Untuk helmet, peserta bawa helmet sendiri; atau Helmet full face boleh beli di sini NZD130/unit (NZ/AUS Approved). Jacket & riding suit boleh bawa sendiri atau boleh sewa di sini. 
  • Peserta (rider) hendaklah ada lesen B FULL Malaysia (sahlaku di guna di NZ) dan sekurang2nya 2 tahun pengalaman memandu motor berkuasa tinggi.


ITINERARI

HARI 1
Christchurch Airport > Airport Transfer ke Depot untuk urusan ambil motorsikal > Jetboat di Rakaia > Lake Tekapo > Lake Pukaki > Cabin di Twizel

HARI 2
Twizel > Salmon Farm > Sheep Sheering > Wanaka Lake & Puzzling World > Lindis Pass > Cardrona Valley (jalan tertinggi di NZ) > Queenstown Motel

HARI 3
Queenstown (bandar aktiviti macam2 ada dari skyline, gondola, bungy jump, paraglide, helicopter & snow landing dan lain2) > petang ke Cabin di Te Anau

HARI 4
Te Anau > Milford Sound Cruise (antara cruise tercantik di dunia) > Gore motel

HARI 5
Gore > Dunedin (bandar university dan ala Scottish) > Peninsula Otago (penguin, albatross, sea lion)

HARI 6
Dunedin > Waimate untuk strawberi segar dan tengok wallaby (sedara kecik kangaroo) > beli barangan/produk tempatan NZ >  Christchurch. Trip tamat di depot motorsikal pd 3pm.


BERMINAT NAK JOIN?
bagaimana proses nya

  1. Sila DOWNLOAD BORANG (klik sini). dan ikut arahan pendaftaran di borang. (Jika ada masalah download borang, sila emailkan Trip & Tarikhnya, Nama, No Tel, Alamat anda ke tripkekawan@yahoo.com)
  2. Bayar booking RM200/org semasa daftar. (arahan lengkap ada di borang)
  3. Selepas dah daftar, akan terima confirmation dari team kami serta panduan persediaan, pembelian tiket penerbangan, senarai makanan & pakaian & dokumen perlu bawa dan lain2 persediaan.
  4. Bayar baki bayaran sebelum 3 bulan sebelum trip.
  5. Jumpa di Airport CHRISTCHURCH NZ International Arrival pada 9am pagi trip.
  6. Trip bermula insyaAllah.