Monday, October 8, 2012

EROPAH 7 NEGARA. 10 hari,

FRANCE, SWISS, GERMANY, LUXEMBOURG, NEDERLAND, BELGIUM, UK.

(Guided Self Drive) dari RM3750/orang, tak termasuk tiket penerbangan





SEKILAS PANDANG

Berkelana di 7negara Eropah barat dengan memandu sendiri. Hampir 2 minggu semasa musim bunga dengan cuaca menarik serta melihat keindahan alam Allah di Eropah, jalan yang cantik, sejarah , monument dan kemajuan negara Eropah barat dengan kebebasan pemanduan sendiri.



TARIKH TRIP


  • 26 Mei - 3 Jun 2014 
  • 23 - 31 Mei 2015






ISTIMEWA TRIP INI

·         Pengalaman memandu di jalan Eropah yang indah, pemandu berdisiplin & berkualiti tinggi

·         Menikmati keindahan alam semasa musim bunga dan cuaca selesa macam dalam air-cond.

·         Melihat tempat-tempat popular di Negara Eropah dan sejarahnya

·         Melawat muzium utama & popular di Eropah

·         Boleh shopping barangan berjenama pada kos yang lebih murah berbanding di Malaysia

·         Pengalaman memasak, solat berjemaah dengan peserta trip ini

·         Ziarah masjid dan bersama muslim di Eropah dan mengenali mereka.





 HARGA (GROUND)



PAX Sharing per kenderaan

DEWASA

(12 thn ke atas)

KANAK-KANAK

(2-12thn)

BAYI (< 2 thn).

Tak kira as PAX

4 orang /kereta

RM3750

RM3750

Percuma

3 orang/kereta

RM4737

RM4737

Percuma

2 orang/kereta

RM6730

RM6730

Percuma

6 orang /MPV

RM3750

RM3750

Percuma

7-8 orang /van

RM3750

RM3750

Percuma



Harga termasuk

  • Penginapan Hotel bajet / apartment (twin/triple sharing)
  • Kenderaan sewa (kereta Ford Focus Manual atau setarafnya, kongsi 4 org per kereta. Atau Van 8 seater manual Merc Vito atau sekelasnya, kongsi 7-8 org per van)
  • Insurans Basic utk kendetaan sewa 
  • Feri atau EUROTUNNEL ke UK (pergi balik)
  • Sewa GPS dan buku panduan trip kami
  • Pengurusan Trip & Koordinasinya
  • Pengurus Trip bersama dalam kumpulan


Harga TIDAK termasuk

  • Tiket penerbangan ke PARIS. 
  • Refundable Security Deposit kenderaan (semasa nak ambil kenderaan)
  • Upgrade ke Full Insurance Coverage utk kenderaan
  • Makan minum (guide akan bawa/tunjuk tempat makanan halal)
  • Tiket masuk ke attractions dan kos aktiviti
  • Kos minyak, parking, tol kenderaan (share dengan rakan kenderaan di sana)
  • Lain-lain kos persendirian




BERMINAT & NAK DAFTAR?

Sila DOWNLOAD BORANG di sini (klik di sini), isikan dan ikut arahan dalam borang tersebut. 

(jika ada masalah download borang tersebut, sila emailkan NAMA, NO HP, EMAIL dan TARIKH & TRIP PILIHAN anda ke tripkekawan@yahoo.com)






ITINERARI


HARI 1. 26 MEI PARIS > SWISS ALPS (LAUTERBRUNNEN)

Awal pagi (7am) berjumpa di Airport CDG Paris. Taklimat dan proses collect kenderaan.  Perjalanan ke Switzerland melalui highway bertol Perancis dan memasuki Swiss. Selepas melepasi border Swiss, terus jalan Pergunungan Alps yang cantik serta gunung ganang.

(NOTA : Jika penerbangan peserta tiba lebih awal, kami boleh bantu uruskan penginapan (kos tambahan) untuk malam tersebut beserta pengangkutan dari penginapan ke airport. )


HARI 2. 27 MEI   LAUTERBRUNNEN

Aktiviti bebas.
Peserta boleh naik ke Jungfrau (puncak tertinggi di Eropah) dan main salji – naik tren. Atau ke Murren menaiki kereta kabel dan tren. Atau boleh berehat di sekitar kawasan pergunungan ini.


HARI 3. 28 MEI   LAUTERBRUNNEN > METZINGEN > STUTTGART

Awal pagi bergerak masuk ke Germany untuk ke Factory Outlet Metzingan (antara terbesar di Eropah). Kemudian ke Stuttgart. Aktiviti bebas. (Boleh melawat muzium Porsche, muzium Mercedes Benz, atau membeli belah minyak wangi dan cenderahati di sekitar stesen keretapi.)


HARI 4. 29 MEI    STUTTGART > SINSHEIM > MANNHEIM

Bergerak ke Sinsheim Auto Technik Museum (antara muzium teknologi, automotif, permotoran, penerbangan dan alat perang yang terbesar koleksi di Eropah). Atau boleh ronda lagi sekitar Stuttgart. Bermalam di Mannheim.


HARI 5. 30 MEI    MANNHEIM > LUXEMBOURG > AMSTERDAM

Bergerak ke ibu Negara Luxembourg. Antara tarikan ialah istana lama, melawat kilang & factory outley porcelain Villeroy & Boch (jenama premium terkenal di Eropah). Aktiviti bebas.  Petang bergerak masuk ke Nederland dan tidur sini (Amsterdam).


HARI 6. 31 MEI   AMSTERDAM > BELGIUM

Lihat kincir-kincir angin di Zaans Schans dan kemudian teruskan perjalanan ke perkampungan nelayan di Volendam. Boleh juga masuk ke Amsterdam dan naik kapal cruise dan Madamme Tussauds Wax Museum. Kemudian memasuki Belgium. Ke Brugge dan bandar lama ini ada river cruise serta pembuatan coklat Belgium. Boleh melihat proses pembuatannya.


HARI 7. 1 JUN   BELGIUM > UNITED KINGDOM

Akan ke Calais atau Dunkirk untuk menaiki feri memasuki UK. Selepas imigresen, akan ke Asford Factory Outlet. Kemudian bermalam berdekatan atau di pinggir sebelum London.


HARI 8. 2 JUN    UNITED KINGDOM

Boleh ke London pada awal pagi. Aktiviti bebas. Boleh lihat Buckingham Palace, Big Ben, London Tower Bridge, Madamme Tussauds Wax Museum London menaiki tren & bas. Lewat petang bergerak ke Folkestone.


HARI 9. 3 JUN   UNITED KINGDOM > PARIS

Awal pagi menaiki feri kembali ke Paris. Tiba di Paris, aktiviti bebas. Eifel Tower, Champ De Ellysse, Louvre Museum dan lain-lain tarikan yang banyak di sini. 6pm Trip Selesai.


TRIP SELESAI. 




Lauterbrunnen, Swiss

Peserta bersama kenderaan2 mereka

Bruges Belgium

Amsterdam, Nederland