Friday, June 24, 2011

TRIP UMRAH KEKAWAN BAJET 2013


Alhamdulillah, Trip Umrah Kekawan Bajet akan berterusan. So, mari lah kekawan kita berusaha menjadi tetamu Allah. InsyaAllah. Jika ada lebihan dari keuntungan trip ini akan disumbangkan ke DANA MADRASAH KEMBOJA (DMK).




TRIP
BULAN
TARIKH
HARGA/ORANG
PENERBANGAN
Umrah Kekawan  10h/8m
20-30 Mac 2013

22 Mei - 1 Jun 2013
Cuti Sekolah

Cuti Sekolah
RM4650

RM5490
BIMAN/PIA

BIMAN/PIA

Harga tertakluk kepada perubahan jika ada.

  • HARGA : termasuk penerbangan/flight, visa umrah, kursus umrah, penginapan (hotel bajet), pengangkutan dan mutawwif.
  • Makan sendiri. Jemaah boleh makan ikut masa, menu dan bajet sendiri. Mutawwif akan tunjukkan tempat makanan (amat banyak) di sekitar hotel & masjid.
  • BOOKING : RM200/orang. DAFTAR sebelum 31 DIS 2012. (Daftar online dulu ye di sini)
  • KURSUS : 30-45 hari sebelum berlepas.
  • BAKI BAYARAN : bayar semasa kursus. (dlm 30-45 hari sebelum berlepas)
  • TERHAD : 45 jemaah setiap trip. 1st come 1st serve utk BOOKING.

APA KATA JEMAAH KAMI? 
Ni depa yang kata, ALhamdulillah. Nak tengok? klik sini.

ITINERARI / ATURCARA

HARI
ATURCARA (utk flight BIMAN)
1
KLIA
Semua Jemaah berkumpul di Kaunter A, Aras 5 (BIMAN AIRWAYS) pada 10.00 malam untuk proses check in. Serah bayaran tambahan RM100 + USD20 untuk kos transit di KLIA.
2
KLIA > DHAKA > JEDDAH
Jangka berlepas 1.05am ke Dhaka dengan penerbangan BIMAN AIRWAYS.  Tiba di Airport Dhaka (dalam 3.30am), wakil BIMAN akan menjemput Jemaah untuk transit; melalui imigresen dan menaiki kenderaan ke resthouse di Dhaka untuk berehat. Acara bebas. (Jika ingin pusing Dhaka menaiki van, tambahan RM20/orang). Sarapan dan makan tengahari disediakan oleh pihak Resthouse. Dalam 6.30pm check-out dan bertolak ke airport untuk penerbangan ke Jeddah. Berlepas pada 12.30mlm.
3
JEDDAH > MADINAH
Tiba Jeddah Airport 5am. Selepas proses imigresen ,solat Subuh dan menaiki kenderaan ke Madinah.  Jangka tiba 10pagi. Jemaah check – in dan aturcara bebas. Solat Jumaat di masjid Nabawi. Mutawwif akan bawa Jemaah berjalan kawasan sekitar untuk tunjuk kawasan masjid Nabawi, tempat makan dan lain tempat yang penting.
4
MADINAH
Awal pagi bergerak untuk ziarah Madinah( MasjidQuba’, Ladangkurma, Masjid Qiblatain, JabalUhud dan Pasar Tamar). InsyaAllah, 2 jam sebelum Jumaat dah berada kembali di hotel/masjid Nabawi.
5
MADINAH > MAKKAH
Ziarah Wada’. Jemaah pakai ihram untuk bersiap ke Makkah. 10am >singgah di Bir Ali untuk berniat umrah > teruskan perjalanan ke Makkah. Jangka tiba 7-8mlm. Check in hotel dan selepas itu InsyaAllah mutawif akan bawa Jemaah untuk umrah pertama. Juga tunjukkan kawasan sekitar Masjidilharam, restoran/tempatmakan yang sesuai.
6
MAKKAH
Aturcara bebas. Jemaah di galakkan memperbanyakkan ibadah.
7
MAKKAH
Jemaah di bawa ziarah menaiki kenderaan (JabalThur, Arafah, Mudzalifah, Mina, JabalNur, Jaáranah) dan kembali ke Makkah. Di Jaáranah , Jemaah bolehmemakai ihram dan berniatumrah sekiranya ingin mengerjakan umrah.
8
MAKKAH
Aturcara bebas. Jemaah di galakkan memperbanyakkan ibadah.
9
MAKKAH
Aturcara bebas. Jemaah di galakkan memperbanyakkan ibadah.
10
MAKKAH
Aturcara bebas. Jemaah di galakkan memperbanyakkan ibadah.
11
MAKKAH
Aturcara bebas. Jemaah di galakkan memperbanyakkan ibadah. Melawat ladang unta dan Masjid Hudaibiyyah. Jemaah boleh memakai ihram dan berniat umrah di sini. (Jika mendapat kelulusan pihak berkuasa, boleh ziarah ke Kilang Kelambu Kaabah dan Muzium)
12
MAKKAH > JEDDAH > DHAKA
Jemaah lakukan tawaf wada’ dan insyaAllah 10 mlm bergerak ke Jeddah Airport untk penerbangan ke Dhaka & KLIA. 5.30 pagi jangka berlepas. Tiba Airport Dhaka untuk transit ke Kuala Lumpur. Jangka berlepas 8.00 mlm ke KLIA.
13
DHAKA > KUALA LUMPUR
InsyaAllah jangka tiba KLIA pada 2am dengan selamat dan mendapat umrah yang mabrur.


BERMINAT? Nak daftar?
Kena la isi borang online di sini ye. Klik sini.

BILA BOLEH DAFTAR?
Booking dah buka. 1st come 1st serve. Trip kekawan ni tak ramai sangat, dlm 30-40 orang sahaja per trip. Isi borang online dulu jika berminat. TUTUP jika dah penuh atau 45 hari sebelum tarikh penerbangan.

PERLU MAKLUMAT LANJUT?
Sila hubungi saya di tripkekawan@yahoo.com atau 013-3385868.


ANTARA PENGALAMAN JEMAAH KAMI

Jemaah di hadapan hotel, berdekatan Masjid Nabawi
"Alhamdulillah, memang antara trip umrah terbaik yang pernah saya ikuti. Walaupun pakej ni takda makan, tapi ia tiada masalah langsung, malah lagi bagus sebab tak perlu terkejar-kejar dari masjid ke hotel pasal nak makan. Lagipun banyak kedai makan di sekitar masjid. Terasa macam satu family dengan jemaah lain. Cara makan beramai-ramai dalam talam memang unik dan berbeza. InsyaAllah tahun depan saya nak ikut lagi"
Hj. Saat & keluarga, Batu Pahat (Allahyarham)


"InsyaAllah saya akan syorkan sedara dan kawan lain ikut trip ni. Mula-mula cuak juga sebab naik BIMAN dan nama BAJET, tapi Alhamdulillah semua lancar. Makan sendiri takda masalah InsyaAllah. Value for money. Syabas kepada Hj. Zikri & team"
Khir Ariffin & Keluarga, Cheras


"Alhamdulillah, trip umrah dengan Hj Zikri memang best dan ada kelainannya. Walaupun trip tunda dari Disember ke Mac 2011 (sebab visa), satu perjalanan yang amat istimewa. Terasa jemaah seperti sebuah keluarga rapat. Tazkirah dan pengisian ilmu banyak membantu transformasi dan kesan dalam ibadah ini. Dengan pendekatan santai dan bersahaja, ia amat terkesan, Alhamdulillah"
Wan Rafidah & sahabat, Ulu Selangor.

Thursday, June 23, 2011

APA KATA PESERTA TRIP KAMI?

TRIP KEKAWAN KEMBOJA. 
di lobi rumah penginapan di Kampot Kemboja


"Memang menginsafkan. Kami rasa nak ajak adik beradik lain dan sedara mara lain untuk datang, tengok sendiri dan mendapat pengalaman bersama saudara Islam di Kemboja ni, walaupun sebelum ni mak saya agak keberatan untuk datang sini."
Cik Nurul & Ibu, Setapak


"Rasa hiba sewaktu memberi sumbangan kepada pelajar madrasah (kanak-kanak), semuanya mengucapkan Alhamdulillah walaupun sumbangan kecil sangat"
Hj Hamzah, Rawang


bersama krew Majalah3 (TV3) di Madrasah & Asrama
Darul Aitam Kg Kendal Kampot
"Satu perjalanan istimewa dan dapat lihat & experience bersama saudara Islam yg amat dhaif di Kemboja ni. Tidak sama dengan melihat di TV, memang tak sama"
Hj. Azhar, Gombak


"Ia mengubah perspektif saya pasal Muslim di Kemboja. Mereka rupanya amat gigih untuk mengekalkan aqidah Islam walaupun tertekan dan daif. Terasa nak beri termasuk baju yg saya pakai semalam. Cara mereka amat appreciate pemberian kecil kita satu pengalaman amat berharga dan bernilai"
Hj. Amin aka Pak Amin, Batu Caves


"Trip ini telah membuka mata hati saya untuk membantu
saudara Islam di sana. Memang ia menginsafkan"
Sdr Khir Ariffin, Cheras 


TRIP UMRAH BAJET KEKAWAN



"Alhamdulillah, memang antara trip umrah terbaik yang pernah saya ikuti. Walaupun pakej ni takda makan, tapi ia tiada masalah langsung, malah lagi bagus sebab tak perlu terkejar-kejar dari masjid ke hotel pasal nak makan. Lagipun banyak kedai makan di sekitar masjid. Terasa macam satu family dengan jemaah lain. Cara makan beramai-ramai dalam talam memang unik dan berbeza. InsyaAllah tahun depan saya nak ikut lagi"
Hj. Saat & keluarga, Batu Pahat (Allahyarham)


"InsyaAllah saya akan syorkan sedara dan kawan lain ikut trip ni. Mula-mula cuak juga sebab naik BIMAN dan nama BAJET, tapi Alhamdulillah semua lancar. Makan sendiri takda masalah InsyaAllah. Value for money. Syabas kepada Hj. Zikri & team"
Khir Ariffin & Keluarga, Cheras


"Alhamdulillah, trip umrah dengan Hj Zikri memang best dan ada kelainannya. Walaupun trip tunda dari Disember ke Mac 2011 (sebab visa), satu perjalanan yang amat istimewa. Terasa jemaah seperti sebuah keluarga rapat. Tazkirah dan pengisian ilmu banyak membantu transformasi dan kesan dalam ibadah ini. Dengan pendekatan santai dan bersahaja, ia amat terkesan, Alhamdulillah"
Wan Rafidah & sahabat, Ulu Selangor.

"Satu kebaikan takda makan ialah tak perlu terkejar balik hotel untuk makan, dan boleh makan ikut bajet dan selera kita. Pendekatan bersahaja dan mudah juga banyak membantu terutama kami yang pertama kali ni. Alhamdulillah, dapat juga jadi tamu Allah dengan harga yang kami mampu"
En. Rustam & keluarga, Terengganu

"Gembira sangat dengan trip Raudhah ni, Alhamdulillah. Banyak ilmu yang diperolehi yang amat berharga. terima kasih banyak-banyak. Trip yang mesra alam & amat memuaskan. Sangat berbaloi la. InsyaAllah, ada rezeki boleh join lagi. Hj contact kami tau kalau ada next trip umrah next year. Syukur ke hadrat Allah trip ini dapat direalisasikan dan bebanyak terima kasih kepada Hj. Zikri. We really enjoy the trip. "
Hjh Sujinah, Muar Johor 

Tuesday, February 22, 2011

TRIP KEKAWAN ZIARAH KEMBOJA & VIETNAM



Trip ini amat sesuai untuk umat Islam yang ingin menginsafi, menghayati, berjalan-jalan ke Kemboja disamping menziarah saudara seIslam di sana sambil menderma/infaq serta jalan ke Vietnam atau menyopping di sana. INsyaAllah, lebihan dr trip ini akan disumbang ke DANA MADRASAH KEMBOJA (DMK)



KEMBOJA : bersama peserta Program Qurban DMK 2011
di Madrasah Darul Aitam, Kg Kendal, wilayah Kampot, Kemboja

HO CHI MINH, VIETNAM : Ben Thanh Market yg terkenal
sebagai tempat shopping barang murah




SECARA UMUM
  • Harga termasuk rumah penginapan, makanan halal, transport (van atau 4x4), Guide, Infaq kpd DMK. Klik sini untuk maklumat DANA MADRASAH KEMBOJA
  • Minima 5 pax, Maksima 25 pax.
  • dengan kerjasama DMK (Dana Madrasah Kemboja)
  • KEMBOJA shj (3h2m) - RM550 ground
  • KEMBOJA + VIETNAM (5h4m) - RM1100 ground
  • Tiket peserta beli sendiri.
APA KATA PESERTA?


TARIKH TRIP

KEMBOJA (3h2m) RM550 Ground shj
  • 12-14 Jul 2013 (Iftar buka puasa & Ramadhan)
KEMBOJA & VIETNAM (5h4m) RM1100 Ground shj
  • 12-16 Jul 2013 ((Iftar buka puasa & Ramadhan)

TRIP KEMBOJA & VIETNAM 5H4M

Hari 1 Kuala Lumpur > Phnom Penh > Kampot (L/D)
  • Berjumpa di LCCT 430am. Check in dan flight 7am ke Phnom Penh. Tiba 7.45am.
  • Sarapan dan bertolak ke Kampot (3.5 jam perjalanan). Singgah di Madrasah Prai Temai, Perai Tenor dan Madrasah & Asrama Anak Yatim (Darul Aitam) Kg Kendal. Solat jemaah/jumaat di Masjid Kg Kendal.
  • Makan tengahari , dan ziarah ke Madrasah Trei Koh/Kg Keh. Kemudian melawat sekitar tepian laut Kampot 
  • Solat Maghrib, Isyak di Masjid Trei Koh. 
  • Makan malam di rumah Ustaz Sulaiman. Bergerak ke hotel. Check in & rehat. 
HARI 2 Kampot > Phnom Penh (B/D/L)
  • Subuh berjemaah di Masjid Kg Kendal. Tazkirah subuh. Sarapan.
  • Ke Kep Beach dan melihat/membeli ketam fresh dari laut. Kembali ke Kampot untuk makan tengahari.
  • Check out hotel dan ziarah Madrasah Kg Sembrong (untuk lihat proses ambil & buat nira & manisan air kelapa laut) serta bersama orang kampung.  Kemudian singgah Madrasah MakPrang atau Mlek Kol (tertakluk kepada keadaan kerana jalan teruk).
  • Lewat Petang tiba Phnom Penh.  
  • Check in hotel. Malam Free & Easy.
HARI 3 Phnom Penh (B/L)
  • Free & Easy. Sarapan. Check out hotel
  • Ke Phsar Thmey (Central Market) untuk membeli cenderahati.
  • Solat zohor & pusing-pusing sekitar Phnom Penh, Aktiviti bebas (river cruise/ tonle sap waterfront). (TRIP KEMBOJA SAHAJA. : akan ke Airport pada petang ini untuk penerbangan pulang ke Malaysia)
  • Malam : Aktiviti bebas
HARI 4 Phnom Penh > Ho Chi Minh (B/L) 
  • Pagi check out. Naik Bas Ekspress ke Ho Chi Minh (HCM). 6 jam perjalanan
  • Tiba HCM. Check in hotel. Makan & solat.
  • Ke Benh Thanh Market (beli belah)
  • Malam pusing Night Market. Aktiviti bebas.
HARI 5 Ho Chi Minh > Kuala Lumpur (B/D)
  • Pagi ke Chu Chi Tunnel (kaw peninggalan perang & terowong2)
  • Tengahari - makan  & solat
  • Bergerak ke Mekong dan naik sampan serta lihat program kebudayaan serta aktiviti ekonomi kampung / industri kampung mereka. 
  • Ziarah saudara Muslim Vietnam dan masjid.
  • Malam bergerak ke airport untuk penerbangan balik ke KUL.

 bersama grup BAKIT Perak (Bdn Kebajikan Telekom Msia) bersama
DMK. Ni di kedutaan Malaysia di Phnom Penh.



MAKLUMAT LANJUT & NAK JOIN?
Sila emailkan NAMA, ALAMAT, NO TEL ke tripkekawan@yahoo.com
Jika anda ingin melawat ke Kemboja dan Vietnam dalam kumpulan yang agak besar (minima 15 orang) pada tarikh berbeza, sila emailkan kami. InsyaAllah kami akan cuba membantu.
bersama guru madrasah di Perai Tenor yang terima tajaan DMK

Suasana pembelajaran di madrasah (10-12 tahun)
Ust Ismail yg mengajar di Madrasah Kg Sembrau Kampot Kemboja.
Beliau telah mengajar lebih 30 tahun walaupun dalam keadaan daif.

Madrasah Kg Sembrau yg usang tetapi masih digunakan. Kampung ini agak
"isolated" dan kurang mendapat perhatian dari saudara Islam dari luar.

Program Buka Puasa yg kami bawa amanah/tajaan sahabat2 dari
Malaysia. Kos tajaan hanya RM200/kampung/hari (untuk hampir
150-200 orang berbuka puasa). InsyaAllah.

Sunday, July 4, 2010

UMRAH Perjalanan Transformasi Insan Jun 2010

Pada pertengahan Jun 2010, saya mengetuai satu trip umrah transformasi seramai 18 orang untuk pertama kalinya. Ini adalah trip ketiga saya ALhamdulillah. Mendapat kad jemputan dari Allah Taala untuk ke Baitullah adalah satu keistimewaan yang tidak semua orang dapat.



BAGAIMANA IA BERMULA?
Panjang sikit ceritanya, tapi saya pendekkan la. Sekembali dari mengerjakan haji pada tahun 2008 bersama isteri tercinta, kami menubuhkan satu lagi anak syarikat, dinamankan RAUDHAH SAKEENAH TRAVEL & TOURS, bekerjasama dengan RAUDHAH UMRAH & HAJI SERVICES yang banyak pengalaman dalam perniagaan ini.  


Untuk 2009 & 2010, saya fokus kepada anak syarikat lain dan oleh itu kurang menumpukan perhatian kepada anak syarikat ini. Tetapi pada awal Januari 2010, seorang rakan ayah saya meminta saya buat trip untuk untuk mereka tetapi tarikhnya adalah minggu ke 2 cuti sekolah. Trip yang kami ada pulak adalah pada awal cuti sekolah tersebut (Jun, cuti 2 minggu sahaja). Maka, saya kata kepadanya kalau dia boleh carikan kawan lain dalam 10-12 orang, saya boleh bantu buat satu trip khas kekawan InsyaAllah.

BERMULA lah PAKEJ UMRAH KENGKAWAN 
(BAJET
Maka bermulalah pencarian saya dibantu oleh staf untuk merealisasikan satu pakej untuk kekawan dan jugak tidak mahal. Alhamdulillah, dapat dengan harga RM3800, satu harga yang terlalu murah (sebab kebanyakan pakej pada musim cuti ini diantara RM5500-6500). Cuma perbezaan pakej ini ialah 10hari, 8malam, tiada makan disediakan (makan sendiri), tiada ziarah (kalau nak kena tambah) tapi lain-lain yang penting semua ada macam tiket kapalterbang (BIMAN - flight paling murah/bajet), hotel bajet, visa, transport di Saudi. 

Alhamdulillah pada April/Mei seramai 18 orang termasuk beberapa sahabat saya yang mengikuti trip ini. Cuma kena tambah duit sikit RM300 seorang kerana tambah hari (menjadi 12hari, 10 malam) dan surcaj musim puncak (cuti sekolah). Kursus umrah kami buat 2 kali, pertama di bimbing oleh ustaz Dr Hj Zawawi Ismail, seorang ustaz selebriti Astro yang juga sahabat saya semasa di Kolej Islam Klang dulu. Kursus kedua dibuat pada hari yang sama sebelum kami bertolak di pejabat saya (memandangkan kebanyakannya kawan-kawan). Sewaktu kursus, apa yang saya inginkan ialah TRANSFORMASI DIRI/INSAN kepada semua jemaah / tetamu Allah ini. Maka, penekanan diberikan kepada aspek rohaniah, penghayatan, ilmu untuk setiap ibadah tersebut. Aspek fizikal/teknikal setiap ibadah juga diberi penekanan tapi aspek penghayatan lebih lagi. Ini kerana, berdasarkan pengalaman kami, ramai jemaah kita (dan juga lain) amat menekankan aspek fizikal/teknikal ibadah tetapi tidak ramai yang dapat menghayati dan memahami dengan mendalam ibadah itu. 


FLIGHT KUL-DAC DENGAN BIMAN AIR
Asalnya, agak risau kerana flight ini dikenali selalu delay. Sehari sebelum penerbangan, saya lihat reviews dan komen di internet.. lagi risau. Macam-macam komplen ada. Ada kata delay sampai 2 hari, ada kata tandas kotor dan jijik, kena bagi rasuah untuk memudahkan transit dan sebagainya. So, sewaktu kursus saya beritahu jemaah untuk "prepare for the worst" tapi kena banyak berdoa supaya Allah berikan terbaik untuk kita.
  

Seperti biasa, 5 jam sebelum flight kami berkumpul di KLIA. Oleh kerana group check in, tak perlu le beratur panjang seperti passenger lain. Setelah bag disusun dan masuk serta boarding pass diberi, kami pun berborak bersama ibu ayah dan saudara mara yang sama-sama mendoakan dan memeriahkan suasana di KLIA tersebut. Alhamdulillah flight KUL-DAC mengikut jadual dan naik flight B777 yang tidaklah baru sangat tapi ok la jika dibandingkan dengan apa yang bermain di kepala kami. Bertolak sekitar 330am, hanya kami 18 orang yang bukan Mat Bangla. Lain-lain semua adalah mereka yang berasal dari Bangladesh dan kebanyakan bekerja di Malaysia yang mahu pulang ke kampung halaman sekali setiap setahun atau 3-4 tahun sekali. Maka, bermacam-macam barang la mereka bawa semasa naik kapalterbang tadi.
Jemaah wanita di KLIA sewaktu menunggu tren untuk membawa ke terminal berlepas

 
ni awat gambar penulis jadik macam ni? anyway, ok la gak kapalterbang BIMAN ni, better than what we expected earlier.

di Airport Dhaka pada awal pagi. Kami berjalan menuju ke kaunter transit dan keluar dari kawasan boarding.

Sesampai di Dhaka, pergerakan transit lancar dan kami dibawa ke resthouse di kawasan Uttara, dalam 5-7 km dari airport sini. Menaiki bas coaster yang agak dhaif dan tanpa aircond, kami sebenarnya teruja nak tengok bandar Dhaka dan kelibat rakyat di dalam bandar ini. Sesampai di resthouse, semua kami ditempatkan di dalam bilik berdua atau bertiga menurut kesesuaian/keluarga. tengahari, sebahagian kami kongsi seorang RM25 untuk naik van pusing-pusing Dhaka. Bandar Dhaka hari tu sesak yang amat, rupanya ada cuti umum, maka kebiasaan mereka dari luar bandar juga akan ke bandar-bandar untuk berjalan-jalan dan melepak..  serupa macam Mat Bangla di Malaysia la rupanya. Maka, kami hanya berjalan diluar muzium sebab musim agak panas & lembap serta kesesakan yang melampau tadi menyebabkan banyak masa diluangkan dalam traffic jam. Lepas tu kami balik resthouse untuk makan tengahari, solat, rehat dan untuk ke airport kembali sebelum waktu Maghrib untuk penerbangan ke Jeddah.
 
jemaah sedang menunggu van untuk pusing-pusing di hadapan resthouse 



menaiki van berhawa dingin tetapi agak sempit menyusuri kota Dhaka yang sibuk & sesak



beca merupakan antara pengangkutan yang popular di sini, mungkin kerana ia murah & praktikal

Dhaka nampaknya berpenduduk amat padat dan dari fizikal nampaknya agak miskin dibandingkan dengan Malaysia tetapi berhati besar dan rajin nampaknya. Melihat raut wajah mereka, nampak kepayahan hidup tetapi terpancar kerajinan dan kesanggupan untuk berusaha bagi mencari rezeki yang halal. Rata-rata penduduk di sini beragama Islam. Jika dilihat sejarah, mereka adalah dari pecahan penduduk India yang kemudiannya berpecah menjadi Pakistan & Bangladesh. Oleh itu, boleh dikatakan mereka pernah dijajah oleh British pada masa dahulu. 

 
raut muka & urat mereka menunjukkan kehidupan yang kasar, payah dan sukar tetapi nampak sifat rajin mereka untuk terus berusaha mendapatkan rezeki yang halal.



antara jenis teksi yang amat popular di sana. Macam duduk dalam bas penjara la kot dengan jeriji yang ada disekeliling. Semua teksi macam ini bewarna hijau. Di buat dari casis vespa dan enjin vespa yang telah dimodify/ubahsuai. Kebanyakan teksi, kenderaan awam dan sebahagian kenderaan persendirian menggunakan CNG (Compressed natural Gas) yang banyak dijual dikebanyakan stesen minyak/petrol/CNG di bandaraya Dhaka ini.



Bas yang nampak brutal (dan kebanyakan bas memang macam ini) dan tanpa hawa dingin. Jangan rapat, kalau terlanggar dia buat tak kisah la kot. Lihat sahajalah "luka" dan "parut" di sekitar bas ini. Memang mencabar kalau naik bas ini dengan orang yang ramai bersesak, berpeluh dan cuaca yang panas & lembap. 



di stesen beca berdekatan Muzim Bangladesh. Puluhan pengayuh beca menunggu pelanggan mereka di sini. Beca dengan pelbagai corak dan warna mewarnai stesen ini. 


Selepas pusing-pusing, kami balik ke resthouse, makan tengahari, nasi putih berlauk kari ikan, kari ayam.. sedap sekali, sehingga hari ini masih teringat-ingat. Mungkin kerana "simple" tapi sedap, kami makan bertambah-tambah terutama kari ikan , mungkin kerana ikan yang segar, wallahu alam. Selepas itu pekena teh susu depa pulak (padahal saya cukup tidak suka teh susu), susu asli lembu yang dimasak dan dimasukkan dalam teh Sri Lanka atau Bangladesh. Enak sekali. 



Airport Dhaka sewaktu nak check in untuk flight ke Jeddah dari Dhaka. Agak kelam kabut sikit airport mereka tapi itulah kebiasaanya dikebanyakan negara membangun. 

Sebelum maghrib, kami bergerak ke airport untuk penerbangan ke Jeddah. Melalui kekalutan manusia yang ramai, Alhamdulillah dimudahkan Allah. Walaupun beratur panjang, oleh kerana kami group transit, diberi keutamaan. Maka agak mudah prosesnya, Rabbi Yassir (Allah Memudahkan). Kami solat jamak di surau dalam bangunan boarding hallnya. Flight on time dan kami terus masuk ke dalam kapalterbang DC10 (yang jangkanya di bina pada awal 80an). Kejutan menunggu kami di dalam kapalterbang ini.


 
Kejutannya ialah, satu seksyen yang besar, hanya kami 18 orang yang duduk. Apalagi, kami senyum lebar la, siap kata "kapalterbang ini macam kami charter la". Siap ambil gambar lagi dengan cabin crew mereka. Rupanya kegembiraan kami tidak lama. Flight bukan terus ke Jeddah tetapi singgah di Chittagong (macam bas lompat-lompat zaman dulu plak) untuk ambil passenger. Rupanya, di situ punya la ramai passenger, setiap seat penuh, full house. Padan muka kami.. he he

JEDDAH-MADINAH
Alhamdulillah tiba di Jeddah Airport awal subuh dan selepas melepasi imigresen mereka dan mengambil bagasi, kami solat subuh di surau dan kemudiannya wakil muassasah di sana berjumpa saya dan membawa kami semua naik bas 50 seater. Kenapa bas? Padahal 18 orang sahaja. Bukankah coaster lebih murah.

Para tetamu Allah mengambil kesempatan untuk berehat sewaktu perjalanan dari Jeddah ke Madinah yang memakan masa dalam 6 jam. 



Hotel Andalus Madinah : Bilik kami yang amat selesa dan luas, Alhamdulillah.

Ini kerana, perjalanan Jeddah-Madinah mengambil masa dalam 6 jam dengan bas besar tetapi 8-9 jam menaiki coaster. Lagipun, kerusi coaster adalah lebih rendah dan tidak boleh bersandar (recline). Maka, untuk kebajikan dan keselesaan jemaah, kami menggunakan bas walaupun kosnya lebih. Dalam bas biasa la, semua pakat tidur, letih tu. Lagipun perubahan waktu biologi menyebabkan kita mudah tidur. Cuma ada berhenti seketika untuk jemaah beli sarapan dan beli prepaid kad Mobily.

di hadapan pintu masuk hotel Andalus. sebelah kiri ialah perkuburan Baqi' dan dibelakang kami ialah Masjid Nabawi. Hanya dalam 50m sahaja dengan perkarangan masjid. Bawah hotel memang deretan kedai ala bazaar yang menjual pelbagai barang, dari minyak wangi, kedai emas, pakaian, mainan, kedai kebab, kedai runcit dan macam-macam lagi.. macam-macam ada

Alhamdulillah perjalanan lancar dan tiba Madinah sebelum waktu zohor. Hotel Andalus terletak paling dekat dengan Masjid Nabawi dan sebelah perkuburan Baqi'. Bilik besar dan selesa bukanlah keutamaan tetapi adalah bonus. Ia sebenarnya rezeki jemaah walaupun pakej ini Pakej Umrah Bajet Kengkawan.
bergambar di kawasan Masjid Nabawi selepas subuh untuk mencari sarapan ala Malaysia. Pakej kengkawan ni makan sendiri. So, ada makan nasi afghanistan la, nasi mandi yemen la, kerabu, kebab, roti canai, dll..
 
Hjh Azah (isteriku le tu) sedang ditelefon oleh staf dari ofis Malaysia pasal stok & akaun.. jawab jangan tak jawab. Belakang yang macam "transformer spider" tu ialah payung gergasi yang masih dalam pembinaan. Dikatakan kosnya ialah RM1juta setiap payung, wallahu alam.


haa.. inilah dia deretan payung gergasi sewaktu ia dibuka untuk mengurangkan kepanasan untuk jemaah berjalan, berehat & bersolat di bawahnya. Ini dibahagian belakang Masjid Nabawi


ZIARAH MADINAH
Hari ke 2 kami ziarah sekitar Madinah menaiki bas. Bermula ke Masjid Quba' > Ladang Kurma > Bukit Uhud & kubur syuhada' Uhud > Masjid Qiblatain > Masjid Tujuh > kembali ke hotel. Kami memulakan ziarah seawal 7am sebab subuh pun habis dalam 545am. So, 7am dah "terang tanah" orang tua kata. Alhamdulillah semua jemaah sihat dan mengikuti ziarah ini.

Sdr Nasir bergambar berlatarbelakangkan Masjid Quba'


Pertama, masjid Quba'. Jemaah semua diminta berwudhu sebelum memulakan ziarah kerana ada hadis soheh yang mafhumnya sesiapa yang berwudhu dari rumah dan pergi ke Masjid Quba' serta bersolat 2 rakaat di dalamnya, akan mendapat pahala satu umrah. Masjid Quba' ialah  masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah sewaktu beliau berhijrah dari Makkah ke Yathrib (nama lama/asal untuk bandar Madinah). Terletak lebih kurang 5-7km dari pusat bandar Madinah. Jika menaiki teksi dari pusat bandar/Masjid Nabawi, harga sekitar SR30 sebuah teksi (pergi balik dan dreber tunggu). Sekitar masjid ini banyaknya orang berjual, bermacam-macam la. Maka selalu la kami ingatkan jemaah, tetapkan niat, pergi solat 2 rakaat dulu. Nak beli boleh, tapi kebanyakan barang dijual boleh dibeli di tempat lain.

pokok kurma yang sedang lebat berbuah. Biasanya, waktu musim panas adalah waktu ia dipetik.


Semua pelawat/jemaah dijemput menjamu air teh yang manis. Self serve, minum le sebanyak mana yang boleh. Biasanya sikit je sebab amat manis.


Deretan buah kurma yang pelbagai jenis. Biasanya harga di kedai ini lebih mahal sedikit dari di pasar kurma, maka jemaah buatlah pilihan sendiri.


Selepas itu, ladang kurma destinasinya. Hmm.. untuk yang pertama kali ke sini, ladang kurma ni macam kebun kurma je, sebab kalau kita ladang ni besar le macam >50 hektar-300 hektar macam tu. Ni idak le. Saya rasa la, ladang yang betul di kawasan luar & jauh dari penempatan orang. Di situ lebih macam factory outlet la macam tu. Tapi biasanya saya tak galakkan sangat jemaah beli sini sebab mahal rata-ratanya. Kalau nak beli pun kurma "barni" atau kurma "ajwa", kedua-duanya ada hadis yang sahih berkenaan 2 jenis kurma ini yang boleh mengelakkan sakit & racun, InsyaAllah.

jemaah berposing dan dibelakangnya ialah bukit pemanah semasa perang Uhud. Asalnya dikatakan bukit itu lebih tinggi tetapi mungkin asyik kena panjat aje, jadi rendah, Wallahu alam.


itulah dia Bukit Uhud dimana dikatakan tentera Musyrikin kembali menyerang melalui belakang perbukitan Uhud ini. 


Lepas tu, kami ke Bukit Uhud dan perkuburan syuhada' Uhud di mana peperangan Uhud berlaku dan ramai sahabat yang syahid dan Rasulullah pun cedera parah dan beberapa kali pengsan sewaktu peperangan itu. Saya cuba menceritakan bagaimana peperangan Uhud berlaku dan bagaimana sahabat Nabi berkorban untuk syahid. Suka diingatkan bahawa TIDAK ada sahabat yang tamak (seperti yang kita selalu dengar) menyebabkan 40 pemanah turun dari bukit pemanah tersebut. Menurut sirah/sejarah yang sahih, pada bab pertama, kaum Musyrikin Makkah telah dilihat kalah dan berundur serta pulang, dan peperangan dilihat sudah tamat, maka sahabat 40 orang tadi turun untuk membantu sahabat-sahabat mereka di bawah untuk mengumpulkan rampasan perang.



Suhu mencapai 50c menjadikan amat mencabar untuk saya meneruskan cerita peperangan Uhud dengan efektif, dengan kepanasan yang melampau. Cerita dipendekkan dan diharapkan jemaah dapat menghayati pengorbanan dan semangat Rasulullah & sahabat untuk menegakkan syiar Islam. Jemaah ada yang mengambil peluang ini untuk memanjat bukit pemanah (yang tidak tinggi mana) untuk mendapatkan "feel" yang lebih baik. Dikatakan dahulu bukit pemanah ini (bukan Uhud) ini lebih tinggi tetapi dek selalu sangat dipanjat (dan ada yg kata ada jemaah ambil batunya, wallahu alam), dah gondol la sikit.

Ada cadangan untuk ke kilang Alquran selepas lawatan ke Bukit Uhud tetapi hari Khamis merupakan cuti mingguan (Khamis & Jumaat), maka terpaksa lah dibatalkan niat tu buat masa ini. InsyaAllah next trip akan dapat bawa jemaah ke sana.

Selepas itu kami bergerak (tapi tidak berhenti) di Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh yang masing-masing mempunyai sejarah disebalik masjid itu. Saya memberitahu sirah/sejarahnya di dalam bas. Kami tidak singgah/berhenti kerana mengejarkan waktu zohor dan pahala solat di masjid ini sama seperti solat di masjid/surau di tempat kita.

MADINAH - MAKKAH
Hari ke 3, selepas solat Jumaat, kami balik ke bilik hotel, mandi sunat dan pakai ihram sebab akan bergerak ke Makkah dan miqat di Bir Ali (dalam 20 minit dari Madinah). Bir Ali mempunyai masjid besar untuk jemaah dari Madinah. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 6 jam dan kami selamat tiba di Makkah sekitar 930pm. Berhenti sekali atau 2 kali untuk solat dan buang air sepanjang perjalanan. Kami duduk di hotel Jawharat AlBandari, berdekatan dengan Saudi Post, dlm 100m dari Masjid Kuching atau lebih kurang 200-250m dari Masjidilharam. Seperti biasa, hotel tradisional di Makkah ini (di Madinah tadi kira moden sikit) mempunyai bilik yang agak kecil dan susunan yang agak sempit. Yang penting, fungsi bilik di hotel untuk memudahkan kita mandi, rehat sekejap, tukar baju dan mungkin untuk makan. Tidur malam dan waktu lain, iktikaf & qiamullail di masjid.

Inilah pandangan sewaktu saya terasa sebak dan mengalir airmata berjalan menuju ke Masjidilharam dan Baitullah bersama jemaah lain

AlQuran selalu menyebut bahawa orang yang berfikir akan memahami lebih ayat AlQuran. Maka, kita kena banyak fikir-fikirkan setiap pergerakan, ibadah, perbuatan kita di sini sebenarnya banyak hikmah dan pengajaran sebenarnya. Pergerakan dari Madinah ke Makkah menggunakan bas melalui lebuhraya memakan masa 6-7 jam. Bayangkan dahulu Rasulullah dan sahabat berhijrah dengan meninggalkan segala harta dan kekayaan, sehelai sepinggang menuju ke Madinah untuk menegakkan agama Islam ini. Dengan menaiki unta, berjalan kaki, di tengah padang pasir, bukit batu, ribut pasir yang panas terik dan kontang, mereka bergerak beratus-ratus batu sambil  dibayangi pengejar kaum Musyrikin dan lanun darat yang berkeliaran di padang pasir. Jika kita fikir, hayati dan merujuknya kembali kepada Allah, maka sepatutnya hati kita terasa begitu kerdil dan begitu pengorbanan kita ke sini teramat kecil berbanding dengan Rasulullah dan sahabat-sahabat beliau. Maka, wajiblah kita mengambil iktibar ini untuk bertekad untuk transformasi diri menjadi lebih hebat seperti sahabat Nabi jika boleh dan menjadi khalifah Islam di dalam bidang masing-masing InsyaAllah sekembali ke tanahair kelak.



inilah yang dipanggil masjid "kucing" oleh jemaah Malaysia sahaja. dikatakan dulu-dulu banyak kucing disekitar masjid ini dan ramai jemaah haji/umrah Malaysia duduk di sini, maka lekat la nama tu jadi Masjid Kucing. Nama sebenar ialah Masjid Rayhar (Masjid Bendera) sebab sewaktu pembebasan Makkah pada tahun 8 hijrah, di sini lah kebanyakan platun berkumpul di sini dan dicacakkan bendera-bendera di sini.

Setiba di Makkah, kami angkat beg dan masuk dalam bilik untuk simpan beg. Semua jemaah lelaki mengikut saya untuk melakukan umrah pertama manakala isteri saya membawa jemaah wanita untuk menunaikan umrah mereka juga. Alhamdulillah umrah dapat diselesaikan di sekitar 2am walaupun ada jemaah yang tersesat; di mana ia adalah perkara biasa. Alhamdulillah, kebanyakan jemaah dapat merasai roh dan hikmah di sebalik setiap ibadah umrah itu. Saya juga merasa sebak dan mengalir airmata sewaktu nampak masjidilharam ; berjalan bersama jemaah lain untuk umrah pertama tadi. Berkata di dalam hati bahawa berasa amat bersyukur dan terharu Allah menjemput saya kembali untuk menjadi tetamuNya.

gambar ini diambil dari tingkat 3 selepas Isya' menggunakan DSLR Canon 450d saya (yang diletak dalam beg kasut) menggunakan "long exposure shot". Dapat la jugak shot ini walaupun sembunyi-sembunyi ambil. Kalau kamera telefon dan kamera compact depa tak marah sangat (walaupun sebenarnya tidak boleh)


Rukun umrah amat mudah sebenarnya tetapi umrah kali ini amat mencabar rupanya. Sebelum ini, mampu untuk melengkapkan 1-2 umrah sehari tetapi dalam kepanasan melampau serta angin panas ini (macam buka oven panas dan angin panas kena ke pipi), lepas siap umrah, terlepak rasanya, MasyaAllah. Rukun umrah ialah Niat > Tawaf > Saei > Tahallul > tertib. 

Tawaf ialah 7 kali pusing keliling Kaabah menurut syarat-syarat yang ditetapkan. Jika kita melihat dengan lebih mendalam, pusingan ialah lawan pusingan jam, di mana bahu kiri kita akan sentiasa bersisi dengan Kaabah tersebut. Semua planet, alam, cakerawala Allah cipta ini pun berpusing seperti itu. Bayangkan manusia ini seperti planet yang mengorbit satu pusat.. Subhanallah.

Bayangkan dalam ribuan manusia berhimpit semasa tawaf, ambil tempat di Hijr Ismail, mencium hajar aswad, manusia amat gelojoh, tamak dan mementingkan diri sendiri. Cuba bayangkan di Padang mahsyar kelak, dengan jumlah manusia yang sebegitu ramai dari Nabi Adam hingga manusia terakhir, mengambil giliran dan berhimpit untuk ditanya semua aktiviti kita di dunia ini.. maka, apakah yang kita akan bawa nanti?
Kita memakai pakaian ihram serba mudah, tidak kira jawatan, pangkat, harta, bangsa.. jika kita fikirkan dengan lebih mendalam, Allah ada menyebut dalam AlQuran bahawa yang Allah lihat dan pentingkan ialah taqwa, bukannya pangkat, kekayaan, harta, bangsa... maka insaflah kita semua.

Kemudian pakaian ihram ini hanya dua helai kain (kain putih tu ialah sunat), sepertilah kita bila mati kelak, hanya akan dikapankan dengan kain yang simple dan akan masuk ke dalam kubur sepertimana orang lain. Tidak kira kaya mana kita, besar mana pangkat / darjat kita, hebat mana perniagaan kita, kita semua ini HAMBA ALLAH sebenarnya. Seorang hamba sangat tidak layak ada sedikit rasa riak/sombong sekalipun, apatah lagi pada Allah yang Maha Berkuasa dan membuat Alam ini yang teramat luas dan besar. Sebab itulah di sini kita kena belajar dan paksa diri kita tunduk dan rendah diri kepada Allah. Itulah antara pengajaran utama dari pemakaian ihram dan ibadah umrah sebenarnya.

Saei pula berjalan dari Bukit Safa ke Bukit Marwah sebanyak 7 kali. Menurut sejarah, Nabi Ibrahim di arahkan oleh Allah supaya meninggalkan Siti Hajar dan anaknya Ismail yang baru lahir di satu tanah gersang tanpa air, manusia & makanan. Jika kita mengambil hikmah & pengajarannya, saei ini bukan setakat mencabar fizikal tetapi juga kesabaran. Bayangkanlah betapa besarnya pengorbanan beliau, tanpa atap, panas melampau, batu & pasir & bukit gersang, berlari dan berjalan mencari air, makanan... jika kita boleh hayatinya, InsyaAllah akan terasa sebak di dada dan mengalir airmata, InsyaAllah.

jemaah berehat minum air zam-zam setelah setiap pusingan. ada dalam 3-4 stesen air zam-zam untuk jemaah minum dan membasahkan muka sepanjang laluan saei. 


Selepas lengkap Saei, kita hendaklah bertahallul iaitu memotong sekurang-kurangnya 3 helai rambut. Sunat bagi lelaki botakkan kepala. 

TRANSFORMASI DIRI SEMASA UMRAH 
Umrah adalah satu ibadah di mana amat baik untuk kita melakukan transformasi diri. Jemaah mestilah ada ilmu, bukan setakat rukun & ilmu teknikal sahaja, tetapi pengajaran dan hikmah di sebalik setiap ibadah dan perlakuan umrah yang wajib dan sunat itu. Jika dapat dihayati dan diambil pengajarannya, InsyaAllah keinsafan dan kesedaran dapat membantu transformasi ini. Hidayah dan petunjuk datangnya dari Allah tetapi kita juga hendaklah betul-betul berusaha untuk mendapatkannya. Persediaan dari tanahair amat penting untuk kita bersedia dari awal dengan solat hajatnya, solat taubatnya, qiamullail dan persediaan ilmu umrah. Ikhlaskan niat pergi umrah kerana Allah, dan InsyaAllah perjalanan ini akan dirahmati & ada rohnya.

Jika jemaah tanya saya, objektif saya ialah jemaah yang pergi ni dapat "transform" menjadi hamba Allah yang hebat seperti sahabat Rasulullah serta berkongsi kehebatannya itu bersama ahli keluarga dan rakan-rakan sekembali ke tanahair. serta dapat memelihara kemabruran umrah sepanjang hayatnya, InsyaAllah.


jemaah bergambar di hadapan Gua Thur. Di mana Rasulullah dan Saidina Abu Bakr bersembunyi di dalam salah satu gua kecil dan sempit sewaktu hijrah ke Yathrib (sekarang Madinah). 

Saya banyak menggunakan audio video terutama sewaktu kursus di Malaysia untuk menerangkan dan memberi lebih pemahaman kepada jemaah aspek fizikal, rukun dan hikmah di sebalik ibadah, ujian dan perjalanan umrah ini. ALhamdulillah, nampaknya ada peningkatan dan roh ukhuwwah pada trip ini. Penekanan kepada konsep 3T (Taaruf, Tafahhum & Takaful), Alhamdulillah diberikan kelembutan hati dan kesatuan jemaah serta keakraban antara semua jemaah kami ini berbanding trip yang lain (sebab ada lagi 2 trip pada masa yang sama, bertolak awal sikit, sekitar 100 orang yang dikendalikan oleh Raudhah Umrah). InsyaAllah konsep baru ini akan digunapakai untuk trip akan datang.

Antaranya, kami tekankan TAARUF iaitu kenal mengenali terutama dari Malaysia lagi sewaktu kursus supaya terasa seperti satu keluarga dan ada sikap ukhuwwah Islamiah dan bantu membantu. Kemudian, TAFAHHUM iaitu pemahaman ilmu yang mendalam dan penghayatannya sewaktu kursus, perjalanan dalam bas di Saudi serta tazkirah harian. Konsep TAKAFUL ialah kebajikan. Jemaah sama-sama menjaga dan mengambil tahu kebajikan jemaah yang lain, bantu membantu. pihak kami pula membelikan pakej Takaful Kembara dari pihak Takaful Ikhlas tanpa bayaran tambahan, Alhamdulillah.

APA KELAINAN YANG KAMI BUAT?
1. MAKAN BERJEMAAH
Ni la yang best. Makan secara jemaah, duduk bersila dan makanan di letak atas plastik (pasal dulang takda), ala orang Arab makan. Mungkin mereka yang tak pernah atau jarang-jarang rasa kekok mula-mula tapi InsyaAllah lepas 2-3 hari seronok. Lebih mesra, menyelerakan dan membantu proses silaturrahim.

 Tazkirah Subuh di hadapan Kaabah 
2. TAARUF 
Ni di buat semasa di Malaysia lagi. Semasa sessi tazkirah di Masjidilharam, kami tekankan lagi. Alhamdulillah bak kata pepatah Melayu "tak kenal maka tak cinta". Macam tu la.

3. TAZKIRAH
Ia membantu jemaah mendapat lebih ilmu dan kami bersama kongsi ilmu. Ia juga berpeluang untuk mengenali jemaah lebih dekat dan menjawab kemusykilan serta memberi info terkini INsyaAllah.



AKTIVITI DI MAKKAH

Di sini aktiviti dan itinerarinya agak mudah kerana jemaah fokus untuk mengerjakan umrah, i'tikaf & qiamullail di Masjidilharam. Di dalam sabda Rasulullah, menyatakan bahawa solat di Masjidilharam ialah 100,000 kali pahala dan lebih baik dari masjid lain selain Masjid Nabawi, di mana dapat 1000 kali pahala. Biasanya kami akan miqat dan berniat umrah di Tanaim, dalam 5 km dari hotel/Masjidilharam berharga sekitar SR30 (dlm RM28 pada waktu itu) satu teksi. Kalau van dalam SR4 seorang. Saya biasanya lebih suka teksi sebab lebih selesa, cepat dan tak perlu tunggu jemaah dan penumpang lain. Lagipun teksi di sini boleh dikatakan hebat la.
  
teksi Camry, Kia Forte, Ford Crown Victoria memang berlambak di sini. 


Sebagai bonus, kami sponsor satu lagi ziarah dan miqat ke masjid Ja'ranah. Mula-mula Jabal Thur > Arafah > Jabal Rahmah > Mina > Mudzalifah > Ja'aranah > Jabal Nur (Gua Hira') > Masjid Jin > Perkuburan Ma'ala > Hotel, alhamdulillah.

Gua Thur : Tempat dimana Rasulullah & Saidina Abu Bakr bersembunyi di dalam gua sempit sewaktu usaha hijrah dari Makkah ke Yathrib (Madinah). Strategi yang diatur oleh Saidina Abu Bakr (penghantaran makanan/minuman dan mesej/info oleh anaknya menggunakan teknik penggembala kambing) sebelum perjalanan ini menunjukkan Islam ini menyuruh umatnya banyak berfikir, merancang teliti dan membuat "execution" dengan rapi dan terancang 


  
Jabal Rahmah : tempat di mana Nabi Adam dipertemukan kembali dengan Siti Hawa setelah berpuluh-puluh tahun mencari selepas diturunkan dari syurga ke dunia. Tiang tu takda apa, hanya tanda aje. Ramai pulak yang melakukan perkara khurafat, MasyaAllah. Padahal, Islam ni mudah. Minta direct pada Allah, tak perlu tulis di dinding, sapu dan cium tembok tu, dan macam2 lagi. Allah tak perlu perantara. Kesian umat Islam sekarang, kita bukan setakat kolot ilmu dunia malah ilmu agama pun kita amat cetek.  


Di Masjid Ja'ranah, jemaah yang boleh dan ingin miqat/niat umrah boleh buat di sini. Tukar kain ihram dan solat sunat di sini. Dari situ (sekitar 8-10km dari bandar Makkah), kami kembali ke hotel melalui tepi Jabal Nur, di mana terdapat Gua Hira' di mana Rasulullah mendapat wahyu pertamanya. Kemudian melalui Masjid Jin (dimana Nabi berdakwah kepada Jin) dan kubur Ma'ala, terdapat kubur Saidatina Khadijah (satu-satunya yang ada pokok tumbuh sendiri di tepi kubur itu sebab takda orang tanam pun, dan pokok itu sentiasa ada, mungkin kalau mati, tumbuh yang lain, wallahu alam).

Pada waktu lain, biasanya kami buat umrah dengan bermiqat di Tanaeim pada awal pagi (lepas balik Subuh) atau lewat malam (lepas Isyak). Ada la sekali dua buat siang, tetapi amat mencabar pada musim panas ini. Paling tinggi suhu ialah 55c, Subhanallah. Bayangkanlah semasa kita dimasukkan dalam kubur yang gelap & sempit dan seorang.. dan sewaktu menunggu beribu tahun di Mahsyar kelak; kalau tak insaf juga, memang "something wrong" la dengan hati kita ni.


PULANG KE TANAHAIR
Alhamdulillah semua berjalan lancar dan tibalah untuk waktu kami pulang ke Malaysia. Sewaktu tawaf wada' (tawaf selamat tinggal), ramai antara kami sebak dan sedih untuk meninggalkan Makkah dan Baitullah ini. Walaupun ia tempat yang panas, berhabuk dan takda shopping complex yang canggih macam Malaysia, ada sifat rindu, cinta, roh ukhuwwah kepada tempat ini seperti yang Nabi Ibrahim berdoa kepada Allah. Kami bergerak dari hotel menaiki bas 1030pm. Sedikit dugaan ialah aircond bas rosak, maka amatlah panas didalam bas dengan cuaca di luar sekitar 35-40c (malam). Alhamdulillah kami dapat usahakan bas pertukaran di tengah jalan dalam perjalanan ke Jeddah. Bas baru elok semuanya dengan pemandu dari Madinah di mana banyak juga la saya dok melawak dan berborak dengan dia ni. 


driver dan bas gantian yang elok, Alhamdulillah untuk perjalanan MAKKAH - JEDDAH. Driver berasal dari Madinah. Orang Madinah biasanya lebih peramah dan ceria berbanding orang berasal dari Makkah. 

Sesampai di airport Jeddah, masyaAllah punya la ramai orang. Nak check in untuk flight BIMAN ni, walaupun flight delay (4am ke 630am), dah penuh dengan Mat Bangla yang rata-ratanya bekerja di Saudi yang hendak pulang ke kampung halaman mereka. Selepas dapat berjumpa pegawai, kami diberi laluan khas kerana kumpulan Malaysia, Alhamdulillah. 

Flight delay dari 2jam, jadik 3 jam sebab semasa di dalam kapalterbang sebelum berlepas, ada penumpang yang sakit, maka kena tunggu ambulans ambil dia dan kena dikeluarkan pula bagasi beliau. Jadik la delay tambah lagi sejam. Dugaan waktu itu ialah, sistem penghawa dingin tidak berfungsi sewaktu enjin kapalterbang dimatikan, maka bayangkanlah dugaannya. Terfikir waktu itu, ini baru sikit, kalau kita duduk di dalam kubur lagi lah kan.. ish ish ish.. fikir-fikirkanlah.


menanti flight yang delay sebab nak check in pun ambil masa 2.5jam, sebab terlampau ramai passenger dan flight pada masa tu, dan sistem imigresen Saudi yang perlahan



Hj Salleh macam jadik pemeriksa barisan la pulak.. menaiki BOEING 747-200 yang BIMAN charter untuk flight JED-DAC 


dalam flight JED-DAC sedanng makan nasi beryiani ayam. 

Alhamdulillah akhirnya berlepas juga walaupun delay/lewat hampir 4 jam. Yang merisaukan saya ialah, connecting flight kami dari Dhaka - KLIA. Flight ini ialah dari JEDDAH - Chittagong - Dhaka. Dari Dhaka kami kena tukar kapalterbang lain ke KLIA. Flight Dhaka - KLIA akan berlepas 8pm (waktu tempatan) , tapi kapalterbang kami dijangka akan sampai 815pm, lewat la. Kalau terlepas, terpaksa la menunggu sampai esok.. subhanallah. Rupanya, BIMAN delaykan flight tu (DHAKA-KLIA) dalam 45 minit supaya kami dan bagasi kami dapat masuk dan meneruskan perjalanan, Alhamdulillah. Kalut jugak la keluar dari kapalterbang, ambil boarding pass (depa dah siap print) dan masuk ke kapalterbang lain. Tiba di KLIA 3am, delay sikit la dalam 3 jam tapi kami amat bersyukur ke hadrat Allah atas nikmat dan kurniaanNya sepanjang perjalanan kami ini. Saya pun bersyukur ramai jemaah kami yang dapat melakukan transformasi diri mereka dan ada merasakan roh & hikmah ibadah umrah ini.


ni dah selamat tiba di KLIA , Alhamdulillah

InsyaAllah, jika diizinkan Allah, saya ingin menjadi tetamu Allah lagi pada hujung tahun ini untuk ajak kekawan umrah Kekawan Disember 2010 (visa ziarah) , musim sejuk, harga tak tahu lagi, tapi rasanya dalam RM4800-5300 gitu la. Pengalaman, flight dan itinerari lebih kurang sama la macam ini, InsyaAllah (cuma ada ziarah gi Taif & Madain Salleh - bessstttnyaa.. InsyaAllah). Harga standard pakej ialah RM6600 (naik MAS). 

Kepada pembaca, doakan agar Allah jadikan kita hebat, sehebat sahabat-sahabat Rasulullah, InsyaAllah.