Sunday, March 15, 2015

TRIP KEKAWAN

PENGENALAN


Konsep utama kami ialah 
KERJASAMA dan BANTU MEMBANTU.
Kami bantu uruskan trip seperti kawan bawa kekawan jalan-jalan macam tu, bukan seperti Travel Ejen yang uruskan semua. Oleh itu, biasanya kami hanya bantu uruskan GROUND (Penginapan, kenderaan, insurans, pergerakan); dan peserta akan beli tiket penerbangan dan beberapa persediaan lain (guidance utk beli tiket flight akan diberikan kpd peserta yang dah confirm/book trip).

BAGAIMANA TRIP KEKAWAN BERMULA?
Trip Kekawan bermula beberapa tahun lalu untuk membantu kami meneruskan dan mengembangkan DMK (Dana Madrasah Kemboja http://infaqkemboja.blogspot.com/) yang di asaskan oleh kami dalam membantu secara berterusan beberapa madrasah Quran & Fardhu Ain di selatan Kemboja yang daif. InsyaAllah sebahagian dari keuntungan trip-trip kami adalah untuk menampung kos DMK ini. Alhamdulillah, buat masa ini DMK telah dapat membantu 7 madrasah Quran dan pra sekolah Islam di sana (jumlah pelajar >1000 orang dengan 14 orang guru) sejak 2011. 

Kelebihan TRIP KEKAWAN
  • Kelana / Travel Muslim
  • Trip santai dan agak bajet 
  • Destinasi menarik, kekadang unik dan pengalaman berbeza
  • Konsep kekawan & jemaah, bantu membantu antara peserta
  • Keuntungan di salurkan kepada madrasah di Kemboja




TRIP MANA SESUAI UNTUK ANDA?
ada 2 JENIS Trip iaitu
  • TARIKH TETAP
Sesuai untuk semua dan dapat cuti pada tarikh yang telah tetap. Lebih murah kerana kumpulan yang agak besar. Trip self drive dibantu oleh guide/pengurus trip kami. 

  • TAILOR MADE & TARIKH TERBUKA (OPEN DATES)
Sesuai jika ingin lebih "privacy", customised route, tarikh anda sendiri dan ada bajet lebih. Samada outings bersama keluarga anda sahaja, kawan2 dan kumpulan kecil. Kebanyakan trip termasuk pemandu.




TAHUN 2016
TRIP 2016
TARIKH
MUSIM
CUTI SEKOLAH
RM/ORG DARI
KOS TERMASUK
STATUS
NEW ZEALAND
(Sila klik di link bawah untuk info lanjut)
NZ BER MOTORHOME

NZ BER KERETA/MPV

NZ BER MOTORSIKAL

14-19 Mac
Luruh
Ya
RM1450
HM+K+G
TUTUP
22-27 Ogos

12-17 Sept
Bunga

Bunga


Ya
RM1450
RM1450
Ada

Ada
21-26 Nov
Bunga
Ya
RM1450
Ada
28 Nov- 3 Dis

5-10 Dis

12-17 Dis
Bunga


Panas
Ya
RM1650
Ada
JEPUN
(Guided Self Drive atau dengan driver)
14-18 Mac
Bunga
Ya
RM2550
H+K+G
tutup
28 Mei - 1 Jun
Panas
Ya
RM2550
tutup
EROPAH 7 NEGARA (9hari)
(Guided Self Drive atau dengan driver)
France > Swiss > Germany > Luxembourg > Nederland > Belgium > UK
29 Mei-6 Jun
Bunga
Ya
RM3750
H+K+G
Ada
THE BEST EUROPE DRIVING TRIP 
(Italian & Swiss Alps). GuidedSelf Drive.
28Jul - 2Ogos
Panas

RM2950
H+K+G
TUTUP
BALKAN, TURKI & EROPAH TIMUR (9 NEGARA)
Bosnia > Montenegro > Albania > Macedonia > Bulgaria > Romania > Hungary > Croatia > Bosnia & Turki.
29 Mei - 
10 Jun 


Bunga




RM4750
H+K+G
Ada
UZBEKISTAN (7Hari)
(Tashkent, Samarqand, Bukhara, Beldasaray) Mengimbau Tamadun Islam Amir Temur & Persia
29 Mei - 5 Jun 
Bunga
Ya
USD1500
All In
TUTUP
EROPAH MOTORHOME
4 Negara Eropah dengan motorhome (France, Belgium, Nederland & UK)
28 Mei - 6 Jun
Bunga
Ya
RM2350
HM+K+G
TUTUP
SPAIN & ANDALUSIA 
Menyusuri Sejarah Empayar Islam Andalusia (Madrid, Cordoba, Gibraltar, Seville, Granada, Malaga)
Dis
Sejuk
Ya
RM2950
H+K+G
tutup
WINTER EROPAH 4 NEGARA 
(5 hari) France > Belgium > Nederland > UK
Dis
Sejuk
Ya
RM2750
H+K+G
tutup
KELANA SCANDINAVIA
(11 hari) Denmark, Norway, Sweden & Artic Circle
5-15 Feb

30Sep-10 Okt

12-22 Okt


RM4350
H+K+G
semua tarikh di tutup

HM = Menginap di motorhome
H = Hotel Bajet / Apartment (twin atau triple sharing)
K = Kenderaan (kereta atau van)
G = Guide atau Pengurus Trip
S = Sarapan (di hotel shj)

INFO LANJUT? sila klik di link setiap trip untuk details/info lanjut trip dan daftar trip tersebut.




2017
Pendaftaran untuk tahun 2017 telah di buka dan boleh daftar sekarang. (Klik di text di bawah untuk ke link daftar setiap trip)

TRIP 2017
(Tarikh Tertakluk kepada perubahan)
TARIKH
MUSIM
CUTI SEKOLAH
RM/ORG DARI
KOS TERMASUK
STATUS
NEW ZEALAND
(Sila klik di link bawah untuk info lanjut 
NZ BER MOTORHOME

NZ BER KERETA/MPV

NZ BER MOTORSIKAL

13-18 Mac
Luruh
Ya
RM1450
HM+K+G
Ada
11-16 Sept
Bunga
Ya
RM1450
Ada
27 Nov- 2 Dis
Bunga
Ya
RM1450
Ada
4-9 Dis

11-16 Dis

18-23 Dis
Bunga


Panas
Ya
RM1650
Ada
JEPUN
(Guided Self Drive atau dengan driver)

Bunga
Ya
RM2550
H+K+G

Tarikh akan diumum nanti
Panas
Ya
RM2550

EROPAH 7 NEGARA (9hari)
(Guided Self Drive atau dengan driver)
France > Swiss > Germany > Luxembourg > Nederland > Belgium > UK
Tarikh akan di umum nanti
Bunga
Ya
RM3750
H+K+G

THE BEST EUROPE DRIVING TRIP 
(Italian & Swiss Alps). GuidedSelf Drive.
Tarikh akan di umum kemudian
Panas

RM2950
H+K+G

BALKAN, TURKI & EROPAH TIMUR (9 NEGARA)
Bosnia > Montenegro > Albania > Macedonia > Bulgaria > Romania > Hungary > Croatia > Bosnia & Turki.
Tarikh akan di umum kemudian


Bunga




RM4750
H+K+G

KELANA SCANDINAVIA
(11 hari) Denmark, Norway, Sweden & Artic Circle
24 Mac - 3 Apr

22 Sep-2 Okt

6 - 16 Okt
Awal Bunga

Hujung Luruh

Awal Winter

RM4350H+K+Gbuka





HM = Menginap di motorhome
H = Hotel Bajet / Apartment (twin atau triple sharing)
K = Kenderaan (kereta atau van)
G = Guide atau Pengurus Trip
S = Sarapan (di hotel shj)

INFO LANJUT? sila klik di link setiap trip untuk details/info lanjut trip dan daftar trip tersebut.

Nota : untuk 2017, tarikh sebenar akan di umum dalam Okt/Nov 2016 insyaAllah. Pendaftaran di buka sekarang.




TAILOR MADE / PRIVATE TRIP

TRIP 
(Tarikh Terbuka & Tailor Made)
Harga (RM) SEORANG dari
(tertakluk kpd jumlah peserta per trip)
Harga termasuk
Jumlah peserta per trip
2-3 Pax
4-5 Pax
6-7 Pax
8 -15 Pax
Lebih 15 pax

NEW ZEALAND 
MPV/Kereta 6h5m
-
2490
2490
1990
1990

H+K+ATH






PARIS Santai 4h3m (Free & Easy)
2170
1800
1580
1525
1485
H+S+I+ATH
EROPAH 2-4 NEGARA (6hari 5mlm)
-
5000
4300
3800
3600
H+S+K+GD
+I+MTP
+ ATH
EROPAH 4-7 NEGARA (10hari 9mlm)
-
6790
5850
5000
4850
EROPAH 6-10 NEGARA (15h 14m)
-
9500
7950
6850
6500






Nota : Harga di atas adalah sebagai rujukan dan mungkin akan berbeza menurut lokasi/destinasi, perjalanan (route), musim dan faktor-faktor lain.

H = Hotel Bajet / Apartment (twin atau triple sharing)
S = Sarapan (di hotel shj)
MT = Makan Tengahari
MM = Makan Malam
K = Kenderaan (kereta atau van)
GD = Guide Driver (pemandu Muslim yg juga bertindak sebagai guide)
I = Insurans (Takaful Kembara)
MTP = Minyak, Tol, Parking kenderaan semasa trip (seperti itinerari)
ATH = Airport Transfer to Hotel (dan hotel to Airport)


BERMINAT, NAK JOIN, PERLU INFO?
Sila klik di link trip di atas (jadual trip) untuk mengetahui maklumat lanjut, itinerari, booking.
EROPAH. Lokasi paling glamer... ikon di Paris, Eifel Tower. 
JEPUN. Jalan jalan Akihabara untuk jamu mata dulu.
Melihat & mengalami budaya efisien dan lembut Jepun serta teknologi.

SPAIN ANDALUSIA. untuk melihat & ambil iktibar dr kegemilangan &
kejatuhan kerajaan Islam dahulu.
UZBEKISTAN. Melihat bekas kegemilangan empayar Islam Emir Temur
serta keindahan negara ini.
TURKI. Ziarah saudara Muslim serta madrasah di sini serta belajar
& melihat empayar Uthmaniah 
KEMBOJA. Ziarah madrasah & sdr Islam daif di sini sambil
meninfaq/membantu mana yg mampu INsyaALlah.





KELANA SCANDINAVIA 11H10M

DENMARK & NORWAY & SWEDEN & ARTIC CIRCLE (FEB & OKT 2016)
Aurora di Utara Norway & Sweden Subhanallah.

InsyaAllah jom sama2 kelana memandu untuk melihat keindahan alam ciptaan Allah dan doanya ia membantu membentuk kita menjadi hamba Allah yang hebat dan mengejar redha Allah sentiasa insyaAllah.

Kelana ini kita akan memandu sendiri kenderaan (kereta/van). Setiap kenderaan perlukan hanya 2 peserta yg memandu. Peserta solo pun di alu2kan dan nanti kami akan bantu grupkan bersama insyaAllah.


APA YANG MENARIK & UNIK?

  • Memburu Aurora Borealis (mcm gambar di atas)
  • Pengalaman memandu sendiri di negara Scandinavia
  • Merentasi dan memasuki Arctic Circle (kira mcm kutub utara la)
  • Merentasi antara jalan2 terindah di dunia & di Eropah (seperti Trollstigen & Atlantic Road)
  • Menikmati pemandangan yang MasyaAllah indah & cantik semulajadi
  • Melihat tasik2 indah & fjord2 yang cantik di perjalanan
  • Menaiki feri2 dlm pergerakan di beberapa fjord indah
  • Pengalaman pelbagai jenis penginapan (hotel, apartment, campsite motel dan kapal)
  • Merasai kelainan musim di selatan kelana dan utara kelana (di selatan musim luruh (Okt) atau musim bunga (Feb) manakalal di utara biasanya sejuk dan bersalji seperti di kaw kutub utara)
  • dan banyak lagi keunikan insyaAllah



TARIKH TRIP 

  • 5-15 Feb 2016 (mula 8am, 5 Feb. Habis 15 Feb 8pm) TUTUP, PENUH
  • 30 Sep - 10 Okt 2016 (mula 8am, 30 Sep. Habis 10 Okt 8pm) TUTUP, PENUH
  • 12 - 22 Okt 2016 (mula 8am, 12 Okt. Habis 22 Okt 8pm) TUTUP, PENUH
  • 24 Mac - 3 April 2017 
  • 22 Sep - 2 Okt 2017 
  • 6 - 16 Okt 2017 
  • Sila DAFTAR sebelum 1 MEI 2016 (atau tutup apabila dah penuh)
  • Pemilihan akan dibuat. Peserta terpilih akan dihubungi sebelum 1 JUN 2016.
  • Pembayaran penuh 3 bulan sebelum trip.

KENAPA FEB/MAC/SEPT & OKT SHJ?
Kerana Februari & Oktober adalah waktu paling tinggi kebarangkalian dan peluang untuk melihat Aurora Borealis ini insyaallah. Kami tak dapat jamin tapi dari rekod2 dahulu, macam tu la. Ini kerana waktu itu sejuk (-5c hingga 5c) dan biasanya langit cerah kurang berawan menyebabkan Aurora berkemungkinan tinggi dapat di lihat lebih kerap & jelas. Aurora ini dapat di lihat sewaktu musim sejuk (Okt - Feb) biasanya, tetapi pada Nov, Dis & Januari; biasanya suhu terlampau sejuk dan awan tebal menyebabkan kebarangkalian kurang untuk lihat Aurora ni dengan jelas & kerap, wallahu'alam.

Dan kawasan utara Norway & Sweden adalah tempat paling tinggi di dunia peluang & kebarangkalian untuk melihat AURORA ini, insyaALlah.


KOS GROUND

  • RM4350/orang

KOS GROUND ini termasuk

  • Kos sewa kereta (saiz sederhana estate/wagon, manual. Boleh upgrade ke Auto Transmisi)
  • Insurans asas sewa kenderaan
  • Penginapan bajet hotel/cabin/apartment/kapal (twin/triple/quad sharing)
  • Guide dalam trip ini
  • sewa GPS dan buku panduan perjalanan serta senarai masjid & kedai halal


TAK MASUK

  • Flight ke Copenhagen Denmark (peserta terpilih akan di advise)
  • Makan minum semasa trip (samada kita masak sama2 atau makan di kedai halal)
  • Kos minyak, parking, tol & feri kenderaan
  • Yuran masuk aktiviti atau attractions dalam trip
  • Upgrade kenderaan dan insurans
  • Lain2 kos persendirian

Trollstigen Norway

Aurora di utara Sweden & Norway


Awan & langit yg indah di sini

Aurora di utara Norway


pengalaman memandu sendiri di jalan2 terbaik

sini mmg banyak naik feri sbb banyak tasik & fjord

kita pakai kete Wagon/Estate biasanya

Fjord di sekitar Aurlandsfjord

ITINERARI PERJALANAN

HARI 1 : Trip mula 8am di Copenhagen Denmark. Free & Easy
HARI 2 : Copenhagen > Oslo Norway
HARI 3 : Oslo > Aurlandsfjord > Trollstigen
HARI 4 : Trollstigen > Atlantic Road
HARI 5 : Atlantic Road & Trondheim
HARI 6 : Trondheim > Arctic Circle > Rokland (memburu Aurora)
HARI 7 : Rokland (memburu Aurora lagi)
HARI 8 : Rokland > Sundsvall
HARI 9 : Sundsvall > Stockholm
HARI 10 : Stockholm
HARI 11 : Stockholm > Copenhagen. Trip tamat 8pm insyaAllah

NOTA
Oleh kerana kelana ekspedisi ini melibatkan banyak pemanduan dalam keadaan sejuk dan mungkin bersalji, peserta hendaklah memberikan kerjasama dan berjemaah penuh dalam bantu membantu, memandu dan disiplin dalam solat & akhlak2 Islam insyaAllah.

BERMINAT NAK JOIN KELANA NI?

  1. Download borang (KLIK SINI UNTUK DOWNLOAD BORANG). Download, isikan dan kembalikan seperti arahan di borang pendaftaran.
  2. Jika tak dapat Download borang seperti LINK di atas,  Sila emailkan kami di tripkekawan@yahoo.com dengan info anda (Tajuk Ekspedisi, Nama Penuh, Alamat, No KP, No Tel) sebelum 1 MEI 2016 ini.
  3. Team Ekspedisi kami akan buat pemilihan.  
  4. Peserta terpilih akan diberitahu sebelum 1 MEI 2016. Peserta tak terpilih akan dikembalikan penuh bayaran booking mereka.
  5. Tips, advise, persediaan akan diberikan kepada peserta terpilih.
  6. Baki bayaran trip 3 bulan sebelum trip.

Atlantic Road, Norway

Copenhagen Denmark



pengalaman menginap di rumah atap rumput 

trollstigen 

sini banyak tasik indah MasyaAllah

trollstigen

aurora lagi.. sejuk.. tu yg ada pakai selimut.. he he


pengalaman menginap dlm kapal

belakang tu kapal penginapan kita di Stockholm

air sungai jernih, bersih dan ni dah jadi ais..

melawat tapak penginapan kaum SAMI, kaum
asli di utara Sweden


jika berpeluang, di utara salji, di selatan musim luruh.