Wednesday, July 3, 2013

TRIP NEW ZEALAND GUNA KERETA/MPV/VAN

pergerakan Trip di South Island NZ ini

Pakej ni kita ronda NZ South Island dengan kereta atau van (share 4-8 orang per kenderaan) dan gilir-gilir drive berpandukan GPS dan buku guidance kami (akan ada Trip Manager dlm setiap trip insyaAllah). Tidur di motel atau hotel di New Zealand yg Subhanallah cantik amat.

Kami uruskan Ground sahaja. 

Kelana di NEW ZEALAND menaiki kereta/mpv/van dan tidur di
hotel/motel sesuai untuk semua orang terutama yang bawa anak kecil,
berumur dan tak tahan sejuk. 
MPV terdiri dari Estima mcm ni. Bule muat 6-8 orang dengan bagasi terhad

Sekarang ada pilihan samada naik motorhome atau MPV / kereta.
Motorhome dr RM1450/org, MPV dr RM1990/org. Jika barang banyak
bule sewa trailer angkut barang2 dan beg2.
TARIKH TRIP 2016
  • 14-19 Mac 
  • 22-27 Ogos
  • 12-17 Sep 
  • 21-26 Nov 
  • 28 Nov - 3 Dec 
  • 5 - 10 Dec 
  • 12-17 Dec 

TARIKH TRIP 2017
  • 13-18 Mac 
  • 11-16 Sep 
  • 27 Nov - 2 Dis 
  • 4 - 9 Dec 
  • 11 - 16 Dec 
  • 18 - 23 Dec 
HARGA (Seorang) GROUND

  • IKUT TARIKH TETAP KAMI : RM 1990/orang (dewasa/kanak2/infant) 
  • IKUT TARIKH ANDA SENDIRI : dari RM2490/orang (tertakluk kepada jumlah peserta per trip, minima 4 org per trip)



HARGA TERMASUK
  • Kenderaan MPV/VAN/Kereta (self drive) share 4-7 org per kenderaan
  • Kenderaan transmisi automatik
  • Full insurans kenderaan
  • Penginapan di cabin/ motel / hotel (1-3 bintang) twin/triple sharing
  • Guide dalam Trip (utk tarikh tripkekawan yg tetap shj)
  • Sewa GPS kami dan alatan walkie talkie untuk kenderaan
  • Panduan perjalanan lengkap

HARGA TAK TERMASUK
  • Penerbangan ke Christchurch. (urusan dan kos sendiri)
  • Makanan & Minuman. (Kami akan tunjukkkan tempat halal atau ada penginapan ada tempat memasak)
  • Kos Minyak & parking kenderaan (share bersama ahli kenderaan)
  • Insurans Diri atau Takaful Kembara
  • Kos lain dan persendirian yang tidak disenarai di atas
  • Opsyen tambahan untuk pemandu (private driver) jika nak


TIKET KAPALTERBANG
Peserta urus sendiri dan beli online atau melalui travel ejensi. Kami akan advise utk tiket selepas peserta dah confirm join trip insyaALlah. 



ITINERARI

HARI 1
CHRISTCHURCH > OMARAMA
Berjumpa di Airport Christchurch. Briefing dan ambil kenderaan. Gerak ke Omarama. Melalui Lake Tekapo dan Lake Pukaki serta jalan “Scenic Route” yang amat indah. Subhanallah. Boleh menaiki jet boat di Rakaia Gorge. Singgah di Salmon Farm untuk beli atau memancing di Twizel. Jumpa di campsite. Solat & tidur di campsite di Omarama.

HARI 2
OMARAMA > WANAKA > QUEENSTOWN
Selepas solat subuh, ada morning briefing. Boleh melihat demonstrasi mengetam bulu kambing, cara anjing mengawal kambing dan lain2.Gerak ke Wanaka melalui jalan indah. Aktiviti bebas. Boleh ke Puzzling World, Wanaka Lake dan beli buahan. Lewat petang ke Queenstown. Boleh naik gondola, tengok Maori Warrior Dance, rehat di Queenstown dan beli cenderahati. Tidur di campsite.

HARI 3
QUEENSTOWN > TE ANAU
Selepas solat > briefing > boleh gerak. Acara bebas. Tengahari gerak ke Te Anau. Camping untuk ke Milford Sound esoknya

HARI 4
TE ANAU > MILFORD SOUND > DUNEDIN
Pagi boleh naik cruise melalui Milford Sound, antara fiordland tercantik di dunia. Kemudian gerak ke Dunedin dan Otago Peninsula untuk campsite. Boleh juga lihat ratusan burung albattross di sini, beberapa tempat penguin liar dan seal.

HARI 5
DUNEDIN > OAMARU > TIMARU
Pelbagai aktiviti seperti lawat kilang Cadbury, lawat istana lama (satu-satunya di NZ South Island), melalui jalanan pantai yang indah, ke Oamaru boleh lawat kilang cheese/keju, Moeraki Boulders dan tidur di campsite di Timaru.

HARI 6
TIMARU > CHRISTCHURCH
Selepas solat Subuh > briefing > sarapan, boleh gerak ke C hristchurch. Ada kedai outlet strawberi, jinak bersama kangaru/wallaby, kedai cenderahati Made in NZ, Antartic Center dan beberapa tempat menarik sepanjang perjalanan. InsyaAllah. 4 ptg trip tamat.




BERMINAT? PROSES BOOKING & BAYAR
  1. klik DI SINI UNTUK DOWNLOAD BORANG PENDAFTARAN
  2. isikan, bayar booking RM200/org, kembalikan seperti arahan di borang ye
  3. Baki bayaran 90 hari sebelum trip.
Jika tak dapat download, sila emailkan NAMA, NO TEL, ALAMAT anda ke tripkekawan@yahoo.com

senja di Lake Pukaki.