Monday, October 8, 2012

NEW ZEALAND MOTORHOME (Guided Self Drive)







SEKILAS PANDANG

Mengembara di New Zealand (South Island) yang dikurniakan Allah keindahan alam serta penduduk yang ramah dengan mengenderai MOTORHOME (rumah bergerak) atau kereta/van/mpv. Dikenali dengan antara tempat “mesti pergi” untuk trip meilhat keindahan alam. Kita pergi pada musim luruh (Mac), musim bunga (Sept & November), musim panas (Disember) kerana cuaca yang selesa, serta pemandangan yang amat cantik, MasyaAllah.
JENIS PERGERAKAN

  1. MOTORHOME (dr RM1450/org ground) : Tarikh trip tetap seperti di bawah, ATAU
  2. VAN/MPV/KERETA (dr RM1990/org ground) : Tarikh tetap ATAU tarikh sendiri (jika berminat bawak kereta/van, sila KLIK DI SINI)
TARIKH TRIP 2016
  • 14-19 Mac 2016 (TUTUP, PENUH)
  • 22-27 Ogos 2016
  • 12-17 Sept 2016
  • 28 Nov - 3 Dec 2016
  • 5 - 10 Dec 2016
  • 12-17 Dec 2016

TARIKH TRIP 2017
  • 13-18 Mac 2017
  • 11-16 Sept 2017
  • 27 Nov - 2 Dec 2017
  • 4 - 9 Dec 2017
  • 11 - 16 Dec 2017
  • 18 - 23 Dec 2017

TARIKH SENDIRI ? 
Boleh untuk Self Drive Guided naik  KERETA / VAN / MPV insyaAllah.
Harga dr RM1990-RM2490/org untuk ground (kenderaan, penginapan, gps, buku guidance dan option dgn driver) pada tarikh telah tetap atau tarikh sendiri?. Sila KLIK SINI. 

Ronda NZ naik kereta/van/mpv samada self drive atau dengan pemandu
juga menarik dan sesuai terutama untuk yg agak berumur, ada anak kecil,
tak larat memandu dan lebih mudah insyaAllah. 




TRIP MOTORHOME



ISTIMEWA TRIP INI (MOTORHOME)

·         Pengalaman memandu & menaiki motorhome

·         Bergerak, masak, makan, tidur, mandi di dalam motorhome.

·         Motorhome lengkap dgn katil, tempat tidur, sinki, dapur memasak, cabinet, alatan memasak, kerusi & meja makan.

·         Pergerakan, solat, makan dan berkelana secara jemaah

·         Melihat keindahan alam 4 musim pada satu masa

·         Aktiviti pelbagai (bungee jump, jet boat, antartica experience dan lain)




MOTORHOME
Kami mempunyai 3 jenis motorhome iaitu

  • Motorhome 2 DEWASA (tanpa tandas)
  • Motorhome 4 DEWASA (tanpa tandas)
  • Motorhome 6 DEWASA (dengan tandas)



MOTORHOME 2 DEWASA(tanpa tandas)
Sesuai untuk 2 dewasa + 1 kanak2/bayi
Transmisi Manual. (Opsyen Upgrade Auto ada). 
Petrol/diesel. Ada sinki, dapur masak &
peralatan asas memasak, peti ais, katil (tukar jadi kerusi pd siang hari), 
Pinggan mangkuk & sudu garpu untuk 2 orang.
Boleh sewa : bantal, selimut tebal, tuala, cadar, kerusi & meja picnic, dan lain2.



MOTORHOME 4 DEWASA (tanpa tandas)
Sesuai untuk 3-4 dewasa.
Transmisi Manual (ada opsyen upgrade ke AUTO).
Petrol/diesel. Ada sinki, dapur masak &
peralatan asas memasak, peti ais, katil (tukar jadi kerusi pd siang hari), 
Pinggan mangkuk & sudu garpu untuk 4 orang.
Boleh sewa : bantal, selimut tebal, tuala, cadar, kerusi & meja picnic, dan lain2.


MOTORHOME 6 DEWASA (dengan Tandas & Shower)
Sesuai untuk 5-6 orang. Transmisi Manual (ada opsyen upgrade ke AUTO)
Diesel sahaja. Ada sinki, dapur masak &
peralatan asas memasak, oven, peti ais, katil (tukar jadi kerusi pd siang hari), 
Pinggan mangkuk & sudu garpu untuk 6 orang.
Boleh sewa : bantal, selimut tebal, tuala, cadar, kerusi & meja picnic, dan lain2.


MAKAN MINUM

Kebanyakan bahan makanan kita bawa dari Malaysia dan kita masak atau panaskan di dalam motorhome. Memasak dan makan akan buat berjemaah bila berkesempatan. Alatan memasak asas dan dapur memasak ada dalam motorhome. Kami akan berikan senarai bahan makanan dan keperluan lain yang perlu di bawa oleh semua peserta. Ini memastikan kos terkawal dan bahan makanan yang halal. InsyaALlah.



PENGANGKUTAN & PEMANDUAN

Kita drive sendiri motorhome tu. Pergerakan dalam kumpulan di bantu oleh pengurus trip kami, buku panduan trip kami, GPS (Global Positioning). Setiap pagi ada taklimat untuk bincang perjalanan. Peserta bebas bergerak menurut minat dan bajet masing-masing ke tempat-tempat menarik, dan berjumpa di checkpoint ditetapkan pada masa tertentu. Ini membantu peserta menikmati percutian ini dengan terbaik bergantung kepada bajet & minat masing-masing.


Pemanduan adalah seperti di Malaysia (steering kanan). Lesen Malaysia (Kelas D) sah digunakan di sini. Kebanyakan undang-undangnya hampir sama di Malaysia dan peserta di minta menurut peraturan kerana pemantauan & penguatkuasaan yang ketat di sini.



SOLAT

Solat mesti dilakukan pada masa yang ditetapkan oleh Allah Taala. Kita akan buat solat berjemaah di mana-mana tempat yang boleh bila ada kelapangan atau solat musafir dalam kenderaan, bergantung kepada keadaan.




HARGA

MAC, SEPT, NOV TRIP 2016
Jumlah PESERTA per motorhome
Harga seorang 
(2 thn ke atas)
Jenis 
Motorhome
6 orang
RM1450
6 dewasa
dengan tandas
5 orang
RM1740
4 orang
RM2175
4 orang
RM1500
4 dewasa
tanpa tandas
3 orang
RM2000
2 orang
RM2200
2 dewasa tanpa tandas


DISEMBER TRIP 2016

Jumlah PESERTA per motorhome
Harga seorang 
(2 thn ke atas)
Jenis 
Motorhome
6 orang
RM1600
6 dewasa
dengan tandas
5 orang
RM1920
4 orang
RM2400
4 orang
RM1750
4 dewasa
tanpa tandas
3 orang
RM2333
2 orang
RM2500
2 dewasa tanpa tandas

NOTA : Untuk BAYI (umur kurang 24 bulan semasa trip bermula), tiada bayaran dikenakan. Bayi tidak di kira sebagai peserta tetapi hendaklah di daftarkan dan mesti duduk di baby seat semasa perjalanan di dalam motorhome. 

AURAT/MAHRAM : Peserta berkongsi per motorhome hendaklah yang mahram (tiada isu aurat) 

Harga tertera adalah jumlah yang perlu dibayar kepada kami. Perubahan mungkin berlaku jika ada perubahan kos, kadar pertukaran mawatang dan lain-lain sebab.





Harga termasuk (SILVER PACK)

  • Sewa motorhome
  • Insurans motorhome 
  • Sewa Alatan asas memasak dalam motorhome
  • Sewa Pinggan mangkuk dan gelas asas dalam motorhome
  • Sewa GPS (dah set) & walkie talkie TripKekawan 
  • Buku Panduan Perjalanan Self Drive TripKekawan
  • Pengurus Trip bersama dalam kumpulan





Harga TIDAK termasuk
  • Tiket penerbangan (pergi balik CHRISTCHURCH NZ)
  • Security Deposit (guna kad kredit peserta sewaktu ambil kenderaan)
  • upgrade ke GOLD atau PLATINUM PACK (reduce insurance liability, reduce security bond, free upgrade Auto, complimentary/free rental of towels/blanket & bedding kit, heater, picnic chairs & table, baby seat, extra drivers, etc.)
  • Minyak kenderaan, parking, kos campsites. 
  • Penginapan dan ground arrangement di luar tarikh trip
  • Makan minum dan lain-lain (bahan makanan kebanyakan bawa dr Malaysia. Kami akan advise dan berikan senarai sebelum trip)


TIKET PENERBANGAN
Tiket penerbangan peserta boleh beli online (www.skyscanner.com.my) atau dari mana-mana ejen tiket. Pastikan anda telah berada di CHRISTCHURCH semasa trip bermula (8am) dan penerbangan pulang selepas tamat trip (selepas 6pm). Bajet flight dalam RM1600-4000/org untuk return tiket.




BERMINAT?
Sila DOWNLOAD BORANG PENDAFTARAN di sini (klik sini), isikan dan ikut arahan dalam borang tersebut.

Jika ada masalah untuk download, sila emailkan TARIKH TRIP, NAMA ANDA, NO HP, ALAMAT ke tripkekawan@yahoo.com






ITINERARI
(kami bantu urus Ground sahaja)


HARI 1. CHRISTCHURCH ke OMARAMA

Shuttle dari airport ke depot motorhome untuk taklimat dan ambil kenderaan serta urusan paperwork. Kemudian, mula bergerak melalui & menikmati jalan cantik serta pemandangan indah dan tasik besar (Lake Tekapo dan Lake Pukaki). Tidur di campsite.
 

HARI 2. OMARAMA > WANAKA > QUEENSTOWN

Pagi boleh lihat demonstrasi mengetam bulu kambing. Kemudian ke Wanaka utk ke Puzzle World Wanaka dan beli cenderahati di pekan ini. Perjalanan melalui antara jalan terindah dan berbeza muka bumi. Lewat petang ke Queenstown untuk bermalam.



HARI 3. QUEENSTOWN > TE ANAU

Free & Easy. Aktiviti di Queenstown, (bungee jump, tarian haka, cable car, jet boat, dan lain-lain). Petang bergerak ke campsite di Te Anau.



HARI 4.  TE ANAU > MILFORD SOUND > DUNEDIN

Awal pagi boleh ke Milford Sound untuk naik bot terkenal untuk melihat keindahan fiord New Zealand yg terkenal seluruh dunia. Tengahari bergerak ke Dunedin melalui jalan bukit yang banyak lokasi penggambaran Lord of The Rings dan juga lapangan gandum yg amat luas. Ke Peninsula Otago untuk melihat ratusan/ribuan burung albatross dan juga penguin kecil di tepian pantai sini. Bermalam di sekitar Peninsula Otago.



HARI 5. DUNEDIN >  TIMARU

Awal pagi ke bandar Dunedin. Free & Easy. Boleh lawat kilang Cadbury’s. Bergerak ke Oamaru & Timaru sambil singgah di Moeraki Boulders (ada banyak batu bulat besar di tepian pantai), boleh main pantai dan juga tengok cara keju tradisional di buat di Oamaru. Bermalam di Timaru.



HARI 6. TIMARU > CHRISTCHURCH

Pagi gerak ke Christchurch. Free & Easy. Boleh tengok binatang di Safari Park atau pengalaman mengembara antartika di Antartica Exhibition Centre, atau memandu kereta kebal. Petang, pulangkan motorhome ke depot. InsyaAllah semua peserta mendapat pengalaman yang menarik dan pemandangan alam yang sungguh indah.



TRIP SELESAI.




BERMINAT?
Sila DOWNLOAD BORANG PENDAFTARAN di sini (klik sini), isikan dan ikut arahan dalam borang tersebut.

Jika ada masalah untuk download, sila emailkan TARIKH TRIP, NAMA ANDA, NO HP, ALAMAT ke tripkekawan@yahoo.com







masak & makan jemaah

Lindis Pass, jalan ke Wanaka

Lake Pukaki