Sunday, October 7, 2012

EKSPEDISI : TURKI & TAMADUN ISLAM (8 hari)

ISTANBUL , BURSA, CAPPADOCIA, KONYA, PAMUKALE, IZMIR
dari RM2450 , tak termasuk tiket penerbangan


SEKILAS PANDANG

Menziarah Turki yang bakal menjadi gergasi Islam semula dan meninjau tinggalan ketamadunan Islam serta keindahan Turki dan orangnya yang ramah. Tak lupa juga meninjau madrasah moden mereka.


TARIKH TRIP

1-8 Julai 2014 (Musim summer/panas).  Cuaca sekitar 15 hingga 30c.


ISTIMEWA TRIP INI

·         Pengalaman memandu di  Turki dan bandar-bandarnya

·         Berjalan di kota moden dan lama Istanbul

·         Melihat keindahan pemandangan, tamadun dan alam Turki

·         Ziarah madrasah tahfiz moden di Istanbul

·         Berjumpa dan mengenal orang Turki yang ramah


PENGINAPAN

Di hotel bajet atau rumah sewa bajet. Sebilik kongsi 2 atau 3 orang. Jika bujang atau bukan muhrim, lelaki & perempuan berasingan. Sebahagian penginapan ada dan boleh memasak manakala sebahagian tiada tempat memasak.


MAKAN MINUM

Kos sendiri. Samada kita masak di tempat penginapan (jika boleh) atau beli makanan halal di sekitar. Kebanyakan lokasi kami dah kenalpasti makanan/ restoran makanan halal.

Cappadocia. Antara binaan spt rumah dalam gua.

PENGANGKUTAN & PEMANDUAN (GUIDED SELF DRIVE)

Kita drive sendiri kenderaan tu. Pergerakan dalam kumpulan (biasanya dalam 2-3 kenderaan per trip) di bantu oleh pengurus trip kami, buku panduan trip kami, GPS (Global Positioning). Setiap pagi ada taklimat untuk bincang perjalanan. Kemudian, peserta bebas bergerak menurut minat dan bajet masing-masing ke tempat-tempat menarik, dan berjumpa di checkpoint ditetapkan pada masa tertentu. Ini membantu peserta menikmati percutian ini dengan terbaik bergantung kepada bajet & minat masing-masing.


Pemanduan adalah seperti di Eropah (driver sebelah kiri). Pemandu mestilah ada Permit Memandu Antarabangsa (boleh mohon di JPJ) dan Lesen Malaysia yang sah.  



Kenderaan ialah kereta standard (saiz medium seperti Ford Focus dan sekelasnya), kongsi 4 orang per kenderaan.  Pemilihan kenderaan lain (atau upgrade) boleh diuruskan dengan kos tambahan.




Konya Turki

SOLAT

Solat mesti dilakukan pada masa yang ditetapkan oleh Allah Taala. Kita akan buat solat berjemaah di mana-mana tempat yang boleh bila ada kelapangan atau solat musafir dalam kenderaan, bergantung kepada keadaan.



TIKET PENERBANGAN

Peserta uruskan pembelian sendiri. Penerbangan hendaklah ke ISTANBUL. Perjalanan trip ini bermula dan berakhir di Istanbul (mana-mana airport). Purata dlm RM2800-3500/org tertakluk kpd offer. Biasanya Qatar airways, KLM, Emirates, Egypt Air dan kekadang MAS pun offer. Peserta hendaklah pastikan penerbangan tiba SEBELUM atau PADA AWAL PAGI tarikh trip dan penerbangan pulang selepas trip selesai.

Pihak kami hanya menyediakan khidmat GROUND sahaja di sana.



HARGA / KOS



PAX Sharing per kenderaan

DEWASA

(12 thn ke atas)

KANAK-KANAK

(2-12thn)

BAYI (< 2 thn).

Tak kira as PAX

4 orang /kereta

RM2450

RM2450

Percuma

3 orang/kereta

RM2990

RM2990

Percuma

2 orang/kereta

RM3450

RM3450

Percuma

6 orang /MPV

RM1990

RM1990

Percuma

7-8 orang /van

RM1990

RM1990

Percuma

Harga di atas adalah jumlah yang perlu bayar pada kami. 

Harga termasuk

·         Kos Sewa Kenderaan (termasuk GST – Govt Service Tax), kongsi  4-2 orang per kereta atau 7-8 orang per van.

·         Penginapan (Hotel bajet / motel / apartment) 2-3 orang sebilik.Jika peserta tidak genap dan terpaksa duduk seorang sebililk, kos tambahan ialah RM950/org (seorang sebilik).

·         Standard Insurance Kenderaan (Third Party)

·         Sewa GPS dan buku panduan trip kami

·         Pengurusan Trip & Koordinasinya

·         Pengurus Trip bersama dalam kumpulan



Harga TIDAK termasuk

·         Tiket penerbangan (beli sendiri)

·         Refundable Security Deposit kenderaan (dlm RM200/org)

·         Upgrade ke Reduce Liability Insurance Coverage (Optional)

·         Makan Minum (bajet dlm RM500/org)

·         Kos persendirian - Yuran masuk atau fee aktiviti-aktiviti (bajet dlm RM400-600/org)

·         minyak kenderaan  ,tol, parking, dan lain-lain. (dlm RM500-650/org)








BERMINAT & NAK DAFTAR?

Sila DOWNLOAD BORANG di sini (klik di sini), isikan dan ikut arahan dalam borang tersebut. 


(jika ada masalah download borang tersebut, sila emailkan NAMA, NO HP, EMAIL dan TARIKH & TRIP PILIHAN anda ke tripkekawan@yahoo.com)

Hot Air balloon di Cappadocia Turki
sewaktu matahari terbit, MasyaAllah indahnya


ITINERARI


1 JUL. (Hari 1) . ISTANBUL

Awal pagi jumpa di Istanbul Attartuk Airport. Selepas urusan ambil kenderaan selesai, bergerak ke Istanbul. Aktiviti bebas seperti ziarah madrasah-madrasah moden di Umraniye & Uskudar, naik feri ke Istanbul Eropah, Istana Tokkape, Masjid Biru (Masjid Sultan Ahmad) dan Haga Sofea.


(NOTA : Jika penerbangan peserta tiba lebih awal, kami boleh bantu uruskan penginapan (kos lain) untuk malam tersebut beserta pengangkutan & penginapan ke airport. )


2 JUL (Hari 2). BURSA

Awal pagi bergerak ke Bursa. Aktiviti bebas. Antaranya boleh naik kereta kabel (cable car) dan banyak kesan peninggalan & bangunan bekas pemerintah kerajaan Islam Othmaniah. Ini adalah bekas bandar pemerintahan mereka.


3 JUL (Hari 3). CAPPADOCIA

Awal pagi ke Cappadocia. Perjalanan agak jauh. Melalui Lake Tuz, antara tasik garam terbesar di Eropah. Tiba Cappadocia dan rehat.


4 JUL (Hari 4). CAPPADOCIA

Aktiviti bebas. Boleh pengalaman naik belon panas (hot air balloon) , pergi ke Mushroom Valley , Hunting Valley yang seperti rumah dalam batu dan melihat keindahan matahari terbit & terbenam ciptaan Allah.


5 JUL. (Hari 5). KONYA > PAMUKALE

Bergerak ke Pamukale tetapi singgah di bandar Konya sebentar. Banyak monument dan maqam sufi di sini. Kemudian teruskan perjalanan ke Pamukale. Boleh lihat Cotton Castle dan juga Heirapolis.

 





Pamukale Turki. Kolam air garam yang unik
6 JUL. ( Hari 6). IZMIR

Ke bandar Izmir yang mempunyai kesan & binaan empayar Roman dan Byzantine. Juga merupakan bandar persisiran pantai yang cantik. Aktiviti bebas.


7 JUL (Hari 7). IZMIR > ISTANBUL

Bergerak ke bandar Istanbul. Aktiviti bebas. Boleh membeli belah di Mosque Bazaar yang bersebelahan dengan Sulaymaniye Mosque. Boleh juga ke Miniaturk, bandar replica kecil sejarah Turki. Atau berjalan & bersiar di sekitar Isti’lal Street dan melihat sejarah bagaimana Sultan Fateh membawa kapal naik bukit dan menyerang kota Constanstinople.


8 JUL (Hari 8). ISTANBUL

Check out dan trip selesai.


TRIP SELESAI.

Jika penerbangan peserta pada keesokan harinya, kami boleh bantu uruskan penginapan (kos lain) untuk malam tersebut beserta pengangkutan dari penginapan ke airport.



BERMINAT & NAK DAFTAR?

Sila DOWNLOAD BORANG di sini (klik di sini), isikan dan ikut arahan dalam borang tersebut. 

(jika ada masalah download borang tersebut, sila emailkan NAMA, NO HP, EMAIL dan TARIKH & TRIP PILIHAN anda ke tripkekawan@yahoo.com)



16 comments:

  1. Maaf harga diatas yang tertera tu.. sebuah kereta sharing 4 orang = RM 2450 sekali atau x 4 orang?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, sye nak tnye ckt...pg istanbul nie perlukan VISA tk?

    ReplyDelete
  3. Salam, sy bercadang utk ke istanbul tp penerbangan dr 28may ke 5jun..boleh dpt ground pakej harge ini dr pihak tuan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. tq utk msg. brapa org semuanya?

      Delete
  4. Kami ber4 dan maybe akan ade sorang baby..tp yg konfem 4 adults..

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. bule. InsyaALlah baby pun bule. u all share 1 kereta. if ok, pls isi borang spt di atas. jika perlu info lanjut, pls email ke tripkekawan@yahoo.com. Thanks

      Delete
  6. Salam tuan penganjur,
    Saya skrg tinggal di Qatar dan mahu join group jelajah Turkey ni. Boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam
      Di alu2kan. bule fly dr Qatar dan jumpa di Istanbul. Yg penting, semasa trip mula, peserta dah ada di tempat yg ditetapkan. Wassalam

      Delete
  7. A'kum Tuan,

    Bagaiman kalau kami berdua sahaja, boleh share ke dengan orang lain?

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.

      Utk kenderaan, biasanya 4 org per kereta (share). Utk bilik, twin sharing. Bule2.. jom ke Turki.

      Delete
  8. Salam..

    Tuan..Saya bercadang untuk ke istanbul pada 29/4/2013 - 6/5/2013..bleh arrange kan x tuk kami berempat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah & thanks. Mohon emailkan info lanjut ke tripkekawan@yahoo.com. Kami perlu info asas
      - bajet ground per person
      - self drive ok? atau perlu driver?
      - brapa lelaki & perempuan serta umur.

      Wassalam

      Delete
  9. Salam, saya seorang saja nak pergi ke Turki. Saya Muslimah jadi ada tak group yang ada Muslimah so saya nak join? And saya tak ada international driving licence...boleh still join? terima Kasih.

    ReplyDelete